Isnin, 23 Jun 2025

Mencari sempurna pada manusia,

 

Mencari sempurna pada manusia,
adalah kehinaan paling sunyi,
kerana Allah itu satu-satunya puncak,
yang tahu isi hati, tahu bila mahu diganti.
Bantuan itu hadir bila jiwa terhimpit,
bukan untuk jadi hamba sepanjang hayat,
ajar diberi bukan jadi waran abadi,
bila tahu, belajarlah… jangan hanya menanti.
Ilmu itu suluh hidup,
bukan mainan lidah orang yang lemah akal,
dan bila insan menyuluh jalur gelapmu,
jangan jadi sebab dia padamkan pelita harapmu.
Kerana ada yang setelah dibantu,
mendaki ego lalu berkata:
“Sabarlah mendidikku...”
tapi dirinya enggan tunduk, keras tak berdosa.
Berapa ramai sanggup terus memberi,
bila setiap teguran disambut caci?
Ingatlah, tak semua mampu kekal di sisi,
bila kau sendiri menolak cahaya yang diberi.
Suluhlah diri — sebelum menuding jari,
kerana kesempurnaan itu,
hanya milik Ilahi.

Buat mereka yang sedang belajar menjadi kuat —
jangan biarkan keikhlasanmu dibunuh oleh ketamakan orang lain.
Dan jangan biarkan pertolonganmu menjerut jiwa sendiri.
Teruskan berbuat baik… tapi tahu bila untuk berhenti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐁𝐈'𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐀𝐃𝐀𝐖𝐈𝐘𝐀𝐇❞

  ❝𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐒𝐔𝐅𝐈, 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐁𝐈'𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐀𝐃𝐀𝐖𝐈𝐘𝐀𝐇❞ 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐅𝐈... 𝐖𝐀𝐋𝐈 ...