Jumaat, 21 November 2025

ZIKIR DALAM TAREKAT

 

ZIKIR DALAM TAREKAT
Macam-Macam Dzikir dan Rahsia Kehalusannya dalam Jalan Ruhani
Zikir merupakan denyut nadi para salik. Ia adalah nyalaan nur yang menjadikan hati hidup, serta jambatan halus yang menghubungkan seorang hamba dengan Tuhannya. Para arifin berkata: “Jika zikir terlepas dari hati, maka ruhani menjadi layu, dan perjalanan menuju Allah terhenti.”
Dalam dunia thariqat, para masyaikh membahagikan zikir kepada beberapa jenis, berdasarkan lafaz, cara, dan maqamnya. Setiap jenis zikir mengandungi rahsia tersendiri dan membuka jalan menuju tahap kesedaran yang lebih tinggi.
1. Dzikir Dengan Lafaz Ismu Dzat — “Allah… Allah”
Dari sudut lafaz, zikir pertama ialah menyebut nama Allah secara berulang-ulang. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Fussilat ayat 30, yang menceritakan tentang golongan yang berkata: “Tuhan kami adalah Allah,” lalu mereka beristiqamah sehingga para malaikat turun membawa khabar gembira.
Rasulullah SAW juga mengajarkan Sayyidina Ali satu zikir istimewa:
“Pejamkan matamu, rapatkan bibirmu, naikkan lidahmu, dan lafazkanlah ‘Allah… Allah.’”
Zikir ismu dzat ini tidak sekadar sebutan, bahkan ia harus diiringi dengan wukuf qalbi — kehadiran hati ketika menyebut nama Allah. Zikir tanpa wukuf qalbi diumpamakan seperti jasad tanpa ruh: bentuknya ada, tetapi tidak bernyawa.
Para masyaikh mengumpamakan hubungan seorang murid dengan mursyid ketika berzikir seperti percampuran air dan teh: tidak dapat dipisahkan, namun tetap berbeza zatnya. Atau seperti kawat dan listrik: bersatu dalam fungsi, tetapi tidak saling bertukar hakikat. Itulah fana pada mursyid — pendahuluan kepada fana fillah.
Menyebut nama Allah secara telanjang, tanpa penjelasan makna tambahan, adalah adab Naqsyabandiyyah. Ini kerana zat Allah tidak menyerupai apa pun, dan tidak layak dibingkai dengan kalimat ciptaan makhluk.
2. Dzikir Nafi Isbat — “Laa Ilaaha Illallah”
Jenis zikir kedua ialah zikir tauhid, Laa Ilaaha Illallah, yang memadukan penafian dan penetapan.
Nafi: menafikan segala sembahan, tujuan, cinta, wujud dan sandaran selain Allah.
Isbat: menegaskan bahawa hanya Allah satu-satunya Tuhan, tujuan, wujud, dan cinta yang hakiki.
Dalam kalimat agung ini tersembunyi lima makna:
1. Tiada yang berhak disembah kecuali Allah.
2. Tiada tempat kembali selain Allah.
3. Tiada yang dicari selain Allah.
4. Tiada wujud sebenar kecuali Allah.
5. Tiada cinta sejati melainkan cinta kepada Allah.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa kalimat ini adalah sebaik-baik ucapan para nabi terdahulu dan yang paling utama diucapkan manusia.
Dalam satu riwayat, baginda mengajarkan Sayyidina Ali cara berdzikir: memejamkan mata, mendengar dahulu zikir baginda sebanyak tiga kali, kemudian mengikutinya. Kaedah ini kemudian diwarisi dalam banyak thariqat.
3. Dzikir Dengan Nama Para Kekasih Allah
Zikir juga dilakukan melalui penyebutan nama para nabi, para rasul dan para wali — bukan untuk memuja mereka sebagai tujuan, tetapi kerana nama mereka sendiri telah menjadi tempat turunnya zikir Allah. Allah mengingat mereka sebagaimana mereka mengingat-Nya.
Allah berfirman:
“Ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepada kalian.” (al-Baqarah: 152)
Nama Baginda Muhammad SAW diangkat setingginya sehingga tidak pernah disebut kalimah syahadat tanpa penyertaan nama baginda. Itulah maksud firman Allah:
“Dan Kami telah meninggikan sebutan namamu.” (al-Insyirah: 4)
Para wali Allah pula adalah makhluk yang apabila disebut nama mereka, maka Allah hadir dalam limpahan rahmat dan inayah. Hadis Qudsi menyatakan:
“Mereka mengingat-Ku dengan zikir mereka, dan Aku mengingat mereka dengan zikir-Ku.”
Sebahagian masyaikh menafsirkan:
“Sebutlah nama wali-wali-Ku, maka Aku datang bersamanya.”
Disebutkan pula: “Sebut nama Muhammad dalam shalawat, maka Allah bersama Rasul-Nya akan turun membantu.”
Zikir Dari Sudut Cara: Jahri dan Khafi
Dari segi kekuatan suara, zikir terbahagi kepada dua: jahri (bersuara) dan khafi (tanpa suara).
Dzikir Jahri
Zikir bersuara memberi kesan kuat kepada tubuh dan membantu pemula memusatkan perhatian. Namun ia tidak selalu mudah diamalkan, terutama ketika berada di tengah masyarakat, pasar, atau suasana kerja.
Dzikir Khafi
Zikir inilah pilihan para pembesar Naqsyabandiyyah. Ia dilakukan tanpa suara, tanpa gerakan lidah, tanpa diketahui sesiapa — hanya hati yang menyebut dan hati yang mendengar.
Keutamaan zikir khafi sangat besar:
• Ia tidak mengganggu aktivitas harian.
• Ia menyertai hamba dalam setiap detik hidup.
• Ia jauh lebih ikhlas, kerana tiada makhluk yang mengetahuinya.
• Ia adalah zikir para nabi, para wali dan para arifin.
Rasulullah SAW bersabda bahawa zikir yang tidak didengar oleh malaikat pencatat amal (kerana ia sangat tersembunyi) lebih utama tujuh puluh kali ganda daripada zikir yang didengar. Pada hari kiamat nanti, Allah sendiri akan membalas zikir ini kerana hanya Dia yang mengetahuinya.
Rahasia Zikir Dalam Jalan Makrifat
Para arifin memberi gambaran tentang kedudukan zikir hati dalam perjalanan menuju Allah:
• “Dzikir hati adalah pedang para salik, dengan itu mereka mematahkan musuh rohani.”
• “Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, dibukakan penutup hatinya sehingga ia melihat rahasia yang ghaib.”
• “Hati adalah wadah; jika penuh cahaya, maka cahaya itu terpancar pada seluruh anggota tubuh.”
Abu Said al-Kharraz menjelaskan bahawa zikir adalah permulaan pintu keakraban. Jika seorang hamba merasa manisnya zikir, Allah membawanya ke ruang khas, menyingkap tirai, memperlihatkan kebesaran-Nya, sehingga hamba itu hilang kesedaran tentang dirinya sendiri — inilah fana.
Dzunnun al-Mishri berkata:
“Satu jam dengan hati yang hidup lebih baik daripada ibadah seluruh manusia dan jin.”
Sementara Abu al-Hasan al-Syadzili menegaskan:
“Sebiji atom amalan hati menyamai gunung amalan anggota tubuh.”
Penutup
Bahagian ini menunjukkan betapa luas, halus dan mendalamnya hakikat zikir dalam dunia tasawwuf. Zikir bukan hanya lafaz, bukan hanya gerakan lidah — tetapi ia adalah kunci untuk membuka mata hati, pintu makrifat, permulaan fana, serta puncak hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.
Semoga Allah membukakan hati kita untuk merasai manisnya zikir, menyinari batin kita dengan cahaya tauhid, dan menempatkan kita bersama orang-orang yang sentiasa mengingat-Nya dalam sunyi dan terang.

# Sumber dari Rahmat Rahman

Isnin, 17 November 2025

KITA SEMUA MENGHADAPI KEMATIAN PADA AKHIRNYA.

 




KITA SEMUA MENGHADAPI KEMATIAN PADA AKHIRNYA.
Perjalanan hidup kita ada yang singkat, sedang dan panjang. Pada ujung perjalan hidup ini kita semua akan bertemu dengan kematian.
Perjalanan hidup kita pada akhirnya semua menghadapi kematian, dengan berbagai macam sebab kematian.
Perjalanan hidup kita pada akhirnya semua akan mengalami kematian, menjadikannya sebagai akhir yang tak terhindarkan dari semua perjalanan hidup, kematian akan datang sebagai kepastian.
Kita semua menghadapi kematian pada akhirnya, hidup ini perjalanan singkat, supaya hidup ini menjadi panjang maka jalanilah dengan penuh makna dan kesadaran.
Kita semua menghadapi kematian pada akhirnya, akan menjadi abadi jika engkau menjalani hidup dengan cinta dan kebaikan, bukan dengan harta atau kekuasaan.
Kita semua menghadapi kematian pada akhirnya, selama hidup engkau menyebarkan kebencian, kedengkian, permusuhan, dendam, hoax dan fitnah. Lalu engkau mati, maka semua itulah yang engkau bawa dan juga yang engkau tinggalkan.
Kita semua menghadapi kematian pada akhirnya, selama hidup engkau mengerjakan berbagai keburukan dan kejahatan, lalu engkau mati, maka semua itulah yang engkau bawa dan juga yang engkau tinggalkan.
Kita semua menghadapi kematian pada akhirnya, selama hidup engkau menyebarkan dan mengerjakan kebaikan dan cinta kasih, lalu engkau mati, maka semua itulah yang engkau bawa dan juga yang engkau tinggalkan.
Kita semua menghadapi kematian pada akhirnya, percaya atau tidak percaya engkau akan adanya Tuhan, pasti akan terbukti, pasti engkau akan bertemu Tuhan, apa yang engkau bawa dan apa yang engkau tinggalkan ? Keburukan dan kejahatan atau kebaikan dan cinta kasih sayang.
Jika engkau memiliki kesadaran, maka engkau akan sadar bahwa kematian datangnya tanpa pemberitahuan.
Jika engkau memiliki kesadaran, maka engkau akan menjaga hatimu dan hati orang lain, tidak melukai hati orang lain didalam perjalanan.
Jika engkau memiliki kesadaran, maka engkau pasti akan membawa bekal terbaik dalam perjalanan kematian. Yang akan engkau bawa dan tinggalkan adalah kebaikan dan cinta kasih sayang.
Bekal terbaik untuk bertemu Yang Maha Cinta adalah Cinta.
Untuk itu kawan, jangan bawa bekal apapun selain cinta.
Rahayu.
Asrof Husin๐Ÿ™

Selasa, 4 November 2025

TASAWWUF, TARIQAH & SUFI


 TASAWWUF, TARIQAH & SUFI

Akhir-akhir ini sering kita mendengar tohmahan-tohmahan daripada beberapa pihak yang cuba mengaitkan tasawwuf, tariqah dan sufi sebagai sebahagian daripada ajaran fahaman syiah tanpa mengemukakan bukti-bukti yang nyata.
Ingin penulis menukil kata-kata Tuan Guru Syeikh Nuruddin al Banjari hafizahullah :
(Hanya segelintir sahaja yang mampu meneliti secara adil. Bahkan sikap keterlaluan mereka, telah sanggup menjadikan tasawwuf sebahagian sifat yang tercela dan dicaci. Dengan sebabnya boleh menggugurkan sifat-sifat tercela dan dicaci. Dengan sebabnya boleh menggugurkan kelayakan seseorang untuk menjadi saksi dan menghilangkan sifat ‘adalah (tidak fasiq). Sehingga dik “Apabila dipersoalkan, kenapa? Maka dijawabnya : “Kerana beliau seorang sufi.”
Apa yang pelik dan menghairankan ialah apabila kita perhatikan terdapat segelintir golongan yang mencela tasawwuf, jelas menentang, malah bermusuhan terhadap pengamalnya dan juga yang sering mengingkarinya, mereka ini telah melakukan perkara yang dilakukan oleh ahli Tasawwuf. Setelah itu tanpa segan silu telah memetik ungkapan kata-kata tokoh-tokoh sufi di dalam ucapan dan khutbah mereka di atas mimbar Jumaat serta halakah pengajian. Ada yang penuh bangga dan angkuh berucap : “Berkata al Fudhail bin Iyadh, berkata al-Junaid, berkata Hasaan al-Basri, berkata Sahl al-Tustari, berkata al-Muhasibi dan berkata Bishru al-Hafi.
Kesemua mereka itu merupakan imam-imam, paksi, tiang, tonggak dan binaan tasawuf. Kitab-kitab tasawuf dipenuhi dengan ucapan-ucapan, kisah-kisah, moral dan kesempurnaan mereka. Saya tidak pasti adakah dia tidak mengetahui atau sengaja berpura-pura tidak tahu, buta atau sengaja memejamkan mata?)
Perbezaan Tariqah dengan Tasawwuf
Walaupun kedua-dua istilah, tariqah dan tasawwuf itu sama pengertian atau maksudnya, namun jika diteliti secara terperinci, maka kita akan dapati masih ada juga sedikit perbezaan antara kedua-duanya.
Misalnya, apabila kita mahu menjelaskan sesuatu aliran dhikr, maka biasanya kita akan menyebut : Tariqah Ahmadiyah atau Tariqah Qadiriyyah atau Tariqah Naqsyabandiyyah atau sebagainya lagi. Kita tidak pernah mendengar orang menyebut atau melihat orang menuliskan : Tasawwuf Ahmadiyyah atau Tasawwuf Qadariyyah atau Tasawwuf Naqsyabandiyyah atau sebagainya lagi. Apa yang pernah kita dengar dan temui dalam tulisan-tulisan ialah : Tasawwuf Salafi, Tasawwuf Falsafi atau seumpamanya lagi. Keadaan ini membuktikan adanya perbezaan sedikit antara tariqah dengan tasawwuf.
Definisi tariqah oleh Maulana Zakariyya al Kandahlawi rahimahullah di dalam kitabnya al-Syari’ah wa al-Tariqah menjelaskan bahawa tariqah itu ialah jalan yang boleh menyampaikan seseorang mukmin ke darjat ihsan itu ialah tasawwuf, maka amat nyatalah bagi kita bahawa tariqah itu ialah jalan mujahadahnya, sedangkan tasawwuf itu pula adalah natijahnya atau hasil mujahadah itu sendiri.
Jadi, dengan mempelajari ilmu tasawwuf kita dapat mengenal penyakit-penyakit mazmumah dan mengubati penyakit-penyakit tersebut dengan ubatnya iaitu sifat-sifat mahmudah. Penyakit-penyakit ini tidak dapat dihukum dengan hukum Feqah kerana penyakit ini tempatnya di hati manakala hukum Feqah itu bersifat fi’liyah (perbuatan/perlakuan) seharian kita baik dalam bab ibadat mahupun muamalat.
Golongan sufi.
Siapakah golongan sufi yang sering disalahfahami oleh golongan yang menolak ajaran tasawuf ini?
Dipetik dari kitab al Ghunyah Lithalibi Thariq al-Haq karangan Syeikh Abdul Qadir al Jailani rahimahullah :
Istilah sufi sendiri menurut asal-usulnya berasal dari kata “al-mushafah” yang bermaksud hamba yang dibersihkan oleh Allah. Kerana itulah sufi didefinisikan sebagai orang yang bersih (suci) dari jebakan-jebakan nafsu, terhindar dari cela-cela diri, menempuh jalan terpuji, istiqamah menjalani kenyataan hakiki (haqaiq) dan tak merasakan ketenteraman hati dengan seorang pun dari kalangan makhluk (khalaiq). Ada juga yang mendefinisikan tasawwuf dengan “berkata dan berlaku benar dengan Allah dan berbudi baik dengan makhluk”.
Manakala orang awam seperti kita yang menempuh jalan salik (jalan yang pernah ditempuh oleh para sufi) disebut sebagai “Mutashawwif iaitu orang yang berusaha menjadi sufi. Kesimpulannya, para sufi itu terdiri dari golongan wali-wali Allah.
Apa kaitannya Tasawwuf, Tariqah dan Sufi dengan ajaran Syiah?
Ini adalah satu dakwaan yang pelik kerana Ajaran Syiah itu salah satu daripada pecahan-pecahan firqah yang disebut dalam sebuah hadith Baginda salallahu alaihi wasallam yang bermaksud :
“Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad ditanganNya, akan berfirqah umatKu sebanyak 73 golongan, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.”
Bertanya para sahabat : “Siapakah golongan yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?”
Nabi menjawab : “Ahlussunnah wal Jamaah”
(Hadith Riwayat Imam Thabrani)
Setelah dikaji oleh para ulama Usuluddin, pembahagian 73 itu ialah seperti berikut secara ijma’ :
Syiah 22 aliran
Khawarij 20 aliran
Muktazilah 20 aliran
Murjiah 5 aliran
Najariah 3 aliran
Jabariah 1 aliran
Musyabihah 1 aliran
Ahlussunnah wal Jamaah 1 aliran.
Kita semua sedia maklum bahawa semua tokoh-tokoh sufi adalah berfahaman Ahlussunah wal Jamaah. Erti Ahlussunnah ialah penganut Sunnah Nabi dan erti wal Jamaah ialah penganut i’tiqad sebagai i’tiqad Jamaah sahabat-sahabat Nabi. I’tiqad Nabi dan para sahabat telah lama termaktub dalam Al Quran dan dalam Sunnah Rasul secara terpisah-pisah, belum tersusun secara rapi dan teratur, kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh ulama Usuluddin yang besar iaitu, Syeikh Abu Hasan ‘Ali al Asy’ari (260-324H) kemudian orang menamakan kaum pegangan ahlussunnah wal Jamaah sebagai Asya’irah.
Di dalam kitab “Ihtihaf Sadatul Muttaqin” karangan Imam Muhammad bin Muhammad al Husni az Zabidi, iaitu kitab syarah dari kitab “Ihya Ulumuddin” karangan Imam Ghazali yang bermaksud ;
“Apabila disebut kaum Ahlussunnah wal Jamaah, maka maksudnya ialah golongan yang mengikut fahaman Asyari dan fahaman Abu Mansur al Maturidi.”
Ciri-ciri ringkas fahaman Syiah
1. Mengatakan Sayyidina Ali radiyallahuanhu adalah khalifah yang sepatutnya dilantik selepas kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan bersandarkan hadith “Ghadir Khum.”
2. Menggantikan nama ‘khalifah’ kepada ‘Imam’.. Ahlussunnah wal jamaah merujuk Imam untuk para ulama muktabar.
3. Pengertian ‘Ahli Bait’ bagi kaum SYIAH ialah Siti Fatimah, saidina Ali, saidina Hasan & Husein, menantu dan cucu cucu Nabi. Isteri-isteri Nabi s.a.w menurut mereka bukan Ahli Bait (keluarga baginda s.a.w).
4. Orang berfahaman SYIAH percaya kepada silsilah 12 Imam dan imam yang ke-12 ialah Imam Mahdi. Menurut kepercayaan mereka, Imam yang ke 12 tidak wafat tapi melainkan lenyap bersembunyi di suatu tempat persembunyian di sebuah rumah di kota Samara’ (Iraq). Hingga kini mereka yang di Samara’ berkumpul tiap malam di rumah tersebut di depan lubang yang ada dalam rumah itu dan memanggil-memanggil agar Imam itu keluar.
5. Pandangan sebahagian kaum SYIAH terhadap Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar & Sayyidina Uthman radiyallahu anhu adalah perompak/perampas terkutuk bahkan ada yang mengkafirkan mereka. Nauzubillah. Walaupun SYIAH aliran Zaidiyyah tidak mengutuk mereka, fahaman tersebut tergelincir daripada aqidah yang haq (benar).
6. Persoalan Imam yang lenyap adalah perkara pokok dalam fahaman SYIAH. Fahaman Imamah percaya, bahawa Imam yang ke-12 telah lenyap dan akan muncul kembali. Syiah Ismailiyah pula berkeyakinan Imamnya yang ke-7 yakni Ismail Bin Jaafar Shadiq telah lenyap & akan lahir pada akhir zaman. Manakala Syiah lain beranggapan yang imam yang ke-5 akan muncul pada akhir zaman.
7. Antara aliran-aliran Syiah ada terdapat Sabaiyah yakni aliran Abdullah bin Saba’. Dia pernah mengatakan bahawa dalam kitab Taurat, setiap Nabi mempunyai Washi (semacam putera mahkota) dan Sayyidina Ali ialah putera mahkota dari Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut dia lagi, Sayyidina Ali diangkat ke langit ketika terbunuh dan yang terbunuh itu bukan Saiyyidina Ali. Akan tetapi hanyalah orang yang menyerupai beliau sebagaimana cerita Nabi Isa a.s. Manakala kononnya suara-suara guruh adalah suara Sayyidina Ali yang marah dengan tindak tanduk Sayyidina Muawiyah. Mereka akan mengucap ‘Assalamualaikum ya Amirul Mukminin’ apabila mendengar bunyi guruh.
8. Sebahagian daripada mereka percaya bahawa ruh Imam-imam itu turun-menurun dari Imam Ali hingga ke imam ke-12 sehingga roh menjadi sangat suci.
9. Fahaman Syiah Beri’tiqad (percaya / berpegang) dengan at-Taqiyah, yakni menyembunyikan
10. Tidak menerima Ijma’ kerana bagi mereka membenarkan ijma' bermaksud mendengar pendapat orang diluar faham Syiah. Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah menerima qias & ijma’ sebagai sumber hukum selepas al-Quran & Sunnah.
11. Nikah Muta’ah adalah halal menurut fahaman Syiah. Menurut para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, pernikahan muta’ah adalah tidak sah. Maka bagaimana mereka mengaku mereka adalah Ahlul Bait (keluarga baginda Nabi Muhammad s.a.w) sedangkan nasab mereka putus kerana pernikahan yang tidak sah?
Inilah fahaman syiah yang perlu diketahui serba sedikit secara ringkas agar kita menjauhi fahaman ini.
Keterangan yang keliru : Fahaman ini bukan diasaskan oleh Sayyidina Ali radiyallahu anhu. Selain daripada itu, ada orientalis menerangkan bahawa fahaman syiah itu ialah fahaman yang mencintai saiyidina Ali atau golongan yang mencintai ahlul bait Rasulullah. Ia satu keterangan yang sangat keliru kerana Ahlus sunnah wal Jamaah dan seluruh umat islam mencintai ahlul bait khususnya sayidina Ali radiyallahu anhu.
Kesimpulannya, tuduhan mengaitkan tasawwuf, tariqah dan sufi dengan ajaran syiah merupakan satu tuduhan yang bersifat terburu-buru tanpa meneliti dengan adil yakni bertanya atau merujuk terlebih dahulu kepada ahlinya sendiri. Ajaran ini sudah ada semenjak dari zaman Rasulullah salallahu alaihi wasallam, tinggal lagi ia tidak diberi nama tasawwuf sebagaimana ilmu-ilmu yang lain seperti feqah, usuluddin, ilmu tajwid, ilmu nahu dan banyak lagi untuk dinyatakan. Wallahua’lam.

Sumber dari Rahmat Rahman

Sabtu, 1 November 2025

Hati Yang Sentiasa Hadir Bersama Allah

 

Hati Yang Sentiasa Hadir Bersama Allah
(ุญุถูˆุฑ ุงู„ู‚ู„ุจ ู…ุน ุงู„ู„ู‡)
✅Muqaddimah:
Dalam jalan sufi, asas segala amal ialah hati yang hidup dalam hudur ma‘a Allah (ุญุถูˆุฑ ู…ุน ุงู„ู„ู‡) — iaitu kesedaran berterusan bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar, dan menyertai hamba-Nya.
Hati seorang salik tidak pernah sunyi daripada zikir, kerana setiap denyut nafasnya menjadi saksi kehadiran Allah dalam dirinya.
Syeikh Abi Madyan al-Ghawth mengajarkan bahawa jalan kepada Allah bukan dengan banyaknya gerak, tetapi dengan kekekalan hati dalam hudur dan zikr yang jujur.
๐Ÿ”นMatan Qalam Sufi Syeikh Abi Madyan
ู„ุง ุชุตุญุจ ู…ู† ู„ุง ูŠู†ู‡ุถูƒ ุญุงู„ู‡ ูˆู„ุง ูŠุฏู„ูƒ ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ู…ู‚ุงู„ู‡
“Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaannya tidak membangkitkanmu kepada Allah, dan perkataannya tidak menunjukkanmu kepada-Nya.”
๐Ÿ”นHuraian Sufi:
1. Suhbah yang menghidupkan hati.
Qalam ini mengajar bahawa hati seorang salik sangat bergantung kepada suhbah (ุตุญุจุฉ) — pergaulan rohani yang menjaga hudur (ุญุถูˆุฑ) dalam zikir.
๐Ÿ‘‰Sahabat yang baik ialah yang apabila engkau melihatnya, hatimu teringat kepada Allah.
Inilah tanda hati yang hidup dalam nur hudur (ู†ูˆุฑ ุญุถูˆุฑ).
2. Hal lebih kuat daripada kata.
Syeikh Abi Madyan menegaskan bahawa hal (ุญุงู„) seseorang lebih memberi kesan daripada maqal (ู…ู‚ุงู„).
๐Ÿ‘‰Orang yang dekat dengan Allah memancarkan nur dari hatinya, sehingga kehadirannya menjadi sebab orang lain ingat kepada Allah walaupun tanpa berkata apa-apa.
3. Bahaya suhbah ghaflah.
Bergaul dengan ahli ghaflah (ุบูู„ุฉ) — orang yang lalai daripada Allah — akan memadam cahaya hati.
Sebab itu para sufi menekankan adab memilih sahabat yang zikrullah-nya menghidupkan jiwa, bukan yang mengikat kepada dunia.
๐Ÿ‘‰Apabila salik menjaga แนฃuแธฅbah dengan ahlullah, hatinya menjadi cermin yang menerima tajallฤซ nur Ilahi.
Syeikh Abฤซ Madyan sendiri pernah berdoa:
“ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ู†ุง ู…ู† ุงู„ุฐูŠู† ุฅุฐุง ุฐُูƒุฑุชَ ู‡ُู… ุฐَูƒุฑูˆูƒ”
“Ya Allah, jadikan kami termasuk orang yang apabila Engkau disebut, mereka turut mengingati-Mu.”
✅Qalam Ulama Sufi:
๐Ÿ”นIbn Ata Allah as-Sakandari berkata:
“Kata-kata yang keluar dari hati akan masuk ke hati, sedangkan kata yang keluar dari lidah tidak akan melampaui telinga.”
๐Ÿ”นSyeikh Ahmad Zarruq berkata:
“Suhbah yang benar ialah yang membawamu kepada Allah, bukan kepada makhluk.
Kerana setiap sahabat adalah cermin bagi hatimu — jika dia bersih, maka bersinarlah hatimu.”
๐Ÿ”นSyeikh Abu al-Hasan as-Syazili pula menasihatkan:
“Jangan engkau duduk bersama orang yang lalai, kerana dudukmu dengannya adalah hijab dari Allah.
Duduklah bersama orang yang apabila engkau melihatnya, engkau teringat kepada Allah.”
๐Ÿ”นDalil al-Quran:
ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุงุชَّู‚ُูˆุง ุงู„ู„ู‡َ ูˆَูƒُูˆู†ُูˆุง ู…َุนَ ุงู„ุตَّุงุฏِู‚ِูŠู†َ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.”
(Surah at-Tawbah: 119)
๐Ÿ‘‰Ayat ini menjadi asas suhbah salikin (ุตุญุจุฉ ุงู„ุณุงู„ูƒูŠู†) — iaitu pergaulan yang menumbuhkan iman dan menghidupkan rasa hadir bersama Allah.
๐Ÿ”นDalil Hadis:
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
“Seseorang itu menurut agama sahabat karibnya, maka hendaklah kamu lihat dengan siapa kamu bersahabat.”
(Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmizi)
๐Ÿ‘‰Hadis ini menunjukkan bahawa pergaulan bukan hanya mempengaruhi akhlak, bahkan membentuk arah hati.
๐Ÿ”นMakna Qalbi (Hudur ma‘a Allah):
Hati yang hadir bersama Allah ialah hati yang sentiasa sedar akan pandangan dan qudrat-Nya.
Hudur bukan hanya ketika berzikir dengan lidah, tetapi keadaan jiwa yang tetap memandang Allah dalam segala perkara.
Ia lahir dari muraqabah (ู…ุฑุงู‚ุจุฉ) — perasaan diperhatikan Allah — yang akhirnya menatijahkan musyahadah (ู…ุดุงู‡ุฏุฉ), iaitu menyaksikan tanda-tanda Allah di setiap zarah wujud.
✅Langkah-langkah Agar Mendapat dan Mengekalkan Hudur Hati ma‘a Allah
1. Melazimi Zikrullah (ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡).
Zikrullah ialah pintu pertama menuju hudur.
Lidah yang berzikir membuka jalan bagi hati untuk sedar akan Allah.
Firman Allah:
“ุงุฐูƒุฑูˆุง ุงู„ู„ู‡ ุฐูƒุฑุง ูƒุซูŠุฑุง” – “Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Ahzab: 41)
Teruskan zikr hingga lidah letih, tetapi hati mulai tenang.
Dari zikr lidah lahir zikr hati, dan dari zikr hati lahir hudur.
2. Menjaga Muraqabah (ู…ุฑุงู‚ุจุฉ).
Sentiasa rasakan bahawa Allah melihatmu.
Syeikh Ibn Ajibah berkata:
“Muraqabah ialah memelihara rahsia hati agar tidak berpaling daripada pandangan Allah.”
Dengan muraqabah, hati menjadi peka dan malu untuk lalai.
3. Suhbah Ahlillah (ุตุญุจุฉ ุฃู‡ู„ ุงู„ู„ู‡).
Duduk bersama orang yang hatinya hidup akan menyalakan api hudur dalam dirimu.
Nur mereka memancar seperti pelita yang menyalakan lilin lain tanpa berkurang.
4. Mujahadah an-Nafs (ู…ุฌุงู‡ุฏุฉ ุงู„ู†ูุณ).
Nafsu adalah dinding antara hati dan Allah.
Dengan mujahadah — menahan diri daripada syahwat dan maksiat — dinding itu retak dan cahaya hudur masuk ke dalam hati.
Firman Allah:
“ูˆุงู„ุฐูŠู† ุฌุงู‡ุฏูˆุง ููŠู†ุง ู„ู†ู‡ุฏูŠู†ู‡ู… ุณุจู„ู†ุง”
“Dan orang-orang yang berjihad kerana Kami, pasti Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.” (al-Ankabut: 69)
5. Ikhlas dan Tawajjuh.
Hati tidak akan hadir jika disibukkan dengan riya’, tamak, dan cinta dunia.
Ikhlas membersihkan cermin hati daripada karat dunia,
dan tawajjuh (ุชูˆุฌู‡) — menghadapkan seluruh jiwa kepada Allah — mengekalkan hudur sepanjang waktu.
6. Khalwah dan Tafakkur.
Seorang salik yang sering bersendirian dengan Allah akan merasakan nikmat hudur.
Syeikh Abi Madyan sendiri berkata:
“Apabila engkau ingin Allah berbicara denganmu, bacalah al-Quran;
dan apabila engkau ingin berbicara dengan Allah, berdirilah dalam solat.”
7.Menjaga Pandangan Mata
Hati tidak akan hadir bersama Allah selama mata bebas melihat yang haram atau yang melalaikan.
Pandangan adalah panah beracun syaitan yang mencuri nur qalb.
Firman Allah Ta‘ala:
ู‚ُู„ْ ู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ูŠَุบُุถُّูˆุง ู…ِู†ْ ุฃَุจْุตَุงุฑِู‡ِู…ْ
“Katakanlah kepada orang-orang beriman agar mereka menundukkan pandangan mereka.” (an-Nur: 30)
๐Ÿ‘‰Menjaga pandangan melahirkan safa’ al-qalb (ุตูุงุก ุงู„ู‚ู„ุจ) — kejernihan hati yang memantulkan cahaya hudur kepada Allah.
✅Hadir ke Majlis Halaqah Tawajjuh dan Zikrullah:
(ุญุถูˆุฑ ู…ุฌุงู„ุณ ุงู„ุชูˆุฌู‡ ูˆุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡)
Hati yang ingin kekal dalam hudur ma‘a Allah mesti sering menghadiri majalis zikrillah (ู…ุฌุงู„ุณ ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡) — iaitu majlis halaqah yang diisi dengan zikr, doa, dan tawajjuh kepada Allah.
๐Ÿ”นRasulullah ๏ทบ bersabda:
“Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah.”
Para sahabat bertanya: “Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Majlis-majlis zikir.”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
๐Ÿ‘‰Halaqah tawajjuh (ุญู„ู‚ุฉ ุงู„ุชูˆุฌู‡) ialah medan hati menghadap kepada Allah dengan penuh cinta dan penyerahan.
Dalam halaqah ini, roh-roh para salik berpadu dalam satu arah — ke hadrat al-Haqq.
Cahaya hudur turun dalam majlis itu sebagaimana rahmat Allah turun ke majlis zikr.
๐Ÿ”นSyeikh Ahmad Zarruq berkata:
“Barangsiapa sering menghadiri majlis zikr, Allah akan menjadikan hatinya lembut dan bersinar; dan siapa menjauhinya, hatinya menjadi keras dan gelap.”
๐Ÿ”นSyeikh Abu Madyan sendiri menyebut dalam wasiatnya:
“Jangan engkau tinggalkan majlis zikr, kerana di situlah hati dibersihkan, nafsu dilemahkan, dan rahmat Allah dicurahkan.”
๐Ÿ‘‰Maka kehadiran dalam majlis halaqah tawajjuh bukan hanya amalan, tetapi tanda kasih Allah kepada hamba-Nya.
Sesiapa yang dijemput untuk hadir, sebenarnya sedang dipilih Allah untuk menghadap-Nya.
✳️Kesimpulan:
Qalam Syeikh Abi Madyan ini mendidik salik supaya menjaga persekitaran rohaninya.
Hati tidak akan kekal hadir bersama Allah jika bersahabat dengan ahli ghaflah.
Maka pilihlah teman yang perkataannya menunjukkan jalan kepada Allah, dan keadaannya menyalakan cahaya iman di hatimu.
๐Ÿ”นSyeikh Abi Madyan mendidik salik agar menjaga tiga perkara:
1. Hudur dalam zikr,
2. Suhbah bersama ahli Allah,
3. Dan istiqamah dalam majlis halaqah tawajjuh.
๐Ÿ‘‰Apabila tiga perkara ini dijaga, hati akan kekal hadir bersama Allah.
Zahirnya bersama manusia, tetapi batinnya sentiasa bersama-Nya.
๐ŸŒทPenutup Qalam Hikmah:
Hati yang sentiasa hadir bersama Allah adalah hati yang telah bebas daripada lalai dan syahwat dunia.
Ia hidup dalam cahaya zikr, teduh dalam hudur, dan sejahtera dalam musyahadah.
"ุงู„ุนุงุฑู ู…ู† ู„ุง ูŠุดุบู„ู‡ ุนู† ุงู„ู„ู‡ ุดูŠุก"
“Orang ‘arif ialah dia yang tidak dilalaikan oleh sesuatu pun daripada Allah.”
Sumber dari KalamSalikin

ADAB SEORANG SALIK KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

  ADAB SEORANG SALIK KEPADA ALLAH DAN RASULNYA Kunci Terbukanya (Futuh dan Ma'rifatullah) Pendahuluan : Perjalanan menuju Allah bukan se...