Isnin, 8 Januari 2024

BERIKAN KEMANISAN PADA HIDUP INI


BERIKAN KEMANISAN PADA HIDUP INI

Perjalanan hidup ini memang penuh dengan liku-liku, itulah erti hidup namanya.
Umpama aliran air sungai yang sedang mengalir disekat, dikepung sampah sarap, bebatu, tunggul tumbuhan renek dan seumpamanya.
Namun sang air tetap terus mengalir walaupun terpaksa melalui celahan berbagai benda nan menghalang, air tetap meloloskan dirinya biarpun bergerak dengan perlahan-lahan.
Begitulah rempah ratusnya atau pahit dan manisnya kehidupan ini. Hidup mesti diteruskan dan berikan kemanisan tanpa sesalan.
Usah sesekali menganggap dunia ini sebagai tempat melalaikan. Sedangkan kita mencari bekalan di dunia sana bermula di sinilah juga. Kitalah yang harus bijak mengawal diri supaya langkah kita tidak melangkahi batasan yang Allah redai.
Sang mentari dan sang rembulan yang kita jangkakan akan terus bersinar di sepanjang siang atau malam juga tidak terkecuali ada hari gerhananya.
GERHANA
Sedangkan mentari
ada gerhana
hidup insan
tentunya.

# Aktivis Seni & Sastera (AKSARA MALAYSIA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup

  KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup Penulis : DR. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM) (Jabatan Mufti Negeri Sembilan hanya ...