Isnin, 8 Januari 2024

𝗞𝗘𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗭𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗕𝗔𝗦𝗜𝗬𝗔𝗛

 


𝗞𝗘𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗭𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗕𝗔𝗦𝗜𝗬𝗔𝗛
Pengaruh muzik pada zaman Kerajaan Abbasiyyah telah mencapai kemajuan yang hebat. Ini kerana seni muzik telah mendapat tempat yang baik dari kalangan pemerintah dan juga orang ramai. Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang terdapat dalam kitab Alfun Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam, yang dihiasi dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan mereka di hadapan khalifah. Ia menggambarkan betapa besarnya penghargaan umat Islam terhadap seni muzik pada masa itu di Kota Damsyik iaitu pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
Selain dari itu, perkembangan seni muzik mendapat kecemerlangannya pada ketika itu kerana Kerajaan Abbasiyyah menjadikan kemahiran dalam bidang muzik dan nyanyian sebagai syarat untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka yang cekap bermain alat-alat muzik dapat diterima menjadi pelayan, dayang-dayang dan inang pengasuh di istana atau di rumah pembesar serta hartawan. Oleh sebab itulah kebanyakan pemuda dan gadis menjadi kewajipan untuk mereka belajar dan mendalami bidang muzik.
Pada masa pemerintahan Khalifah al-Mahdi, para penyanyi telah diundang ke istana untuk menghiburkan khalifah. Salah seorangnya adalah Siyath yang datang dari Kota Mekah. Beliau telah diberikan perlindungan agar dapat bergerak bebas dalam istana dan juga diberikan saguhati atas persembahan beliau. Anak muridnya yang bernama Ibrahim al-Mausili juga telah mendapat tempat utama di istana Khalifah Harun al-Rashid. Ibrahim al-Mausili berasal dari keturunan bangsawan Parsi amat pandai bermain alat muzik gambus dan mempunyai anak murid yang ramai. Antaranya yang terkenal ialah Ishaq iaitu penyanyi istana kepada empat orang khalifah iaitu Khalifah Ma’mun, Khalifah Mu’tasim, Khalifah Wathiq dan Khalifah al-Mutawakkil
Di antara khalifah Bani Abbas, Khalifah Harun al-Rashid adalah khalifah yang paling meminati lagu-lagu dan muzik. Beliau memberi kurniaan saguhati yang banyak kepada penyanyi dan ahli muzik pada waktu pemerintahannya. Ramai penyanyi terkenal pada zaman Khalifah Harun al-Rashid seperti Mansur Zalzal, Ismail Abu Qasim, Miskin al-Madani dan lain-lain lagi. Oleh kerana penekanan yang diberikan pemerintah pada waktu itu dalam bidang muzik, telah melahirkan ramai pemuzik terkenal seperti Ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu Suraji dan Basbas. Selain itu juga, mereka telah menghasilkan beberapa buah buku dalam bidang muzik untuk menjadi sukatan pelajaran. Buku-buku muzik Abu Abdul Rabbih telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Unique Necklace, karya muzik al-Isfahan diterjemahkan kepada The Great Book of Song dan al-Nawairy diterjemahkan kepada The Extreme Needs. Karya lagu mereka sangat mengagumkan dunia Eropah dan menjadi sanjungan di sana. Pada waktu ini juga telah melahirkan seniman al-Syatibi yang merupakan seorang pemain biola yang terkemuka.

( Sumber dari FB )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup

  KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup Penulis : DR. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM) (Jabatan Mufti Negeri Sembilan hanya ...