Selasa, 23 Julai 2024

SIRRULLAH (RAHASIA ALLAH SWT)


 SIRRULLAH (RAHASIA ALLAH SWT)

Siapakah ALLAH ?
Pada Hakikatnya, yang mengetahui hanyalah DIA sendiri sahaja.
YANG MAHA MENGETAHUI...
Allah SWT adalah MAHA BATIN (GHAIB) dan MAHA HALUS (AL-LATIF).
Tidak akan pernah sesekali dapat dicapai dengan pengelihatan mata kasar, namun Nurani Insani akan dapat Merasakan Kehadirannya.
Iaitu Kehadiran Kasih Sayang-NYA dan Kehadiran Keagungan-NYA.
Untuk MENGENAL ALLAH, maka Wajiblah terlebih dahulu Menempuhi JALAN MA'RIFAT (MA’RIFATULLAH).
Apakah MA’RIFATULLAH itu ?
Pada Hakikatnya, MA'RIFATULLAH itu terlalulah sulit untuk ianya didefinisikan, kerana begitu luasnya RAHASIA yang Wajib diketahui dan difahami.
MA'RIFATULLAH itu dapatlah dimaksudkannya dengan “MENGENAL ALLAH”.
Para Muhaqqiqin (Insan-Insan yang mendalami ILMU HAKIKAT) mengertikan MA'RIFATULLAH itu sebagai :
“Ketetapan Hati bagi Meyakini akan DZAT yang WAJIBUL WUJUD (ALLAH SWT), yang memiliki segala Kesempurnaan...”
MA'RIFATULLAH atau “MENGENAL ALLAH” itu adalah "WAJIB" Hukumnya bagi setiap Mukmin.
Maka setiap Insan Wajiblah terlebih dahulu MENGENAL ALLAH sebelum Agama-NYA dan lain-lainnya.
"AWALLUDIN MA'RIFATULLAH".
Maksudnya : AWAL-AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH.
Pada Hakikatnya, tiadalah yang MENGENAL ALLAH kecuali hanyalah ALLAH SWT sendiri sahaja.
Barangsesiapa yang dapat MENGENAL ALLAH, maka sesungguhnya itu adalah merupakan Rahmat yang Dilimpahkan oleh Allah SWT keatas dirinya.
Didalam ASMA’ SIRR itu ada menyimpan 4 jenis MA’RIFAT. Iaitu :
1) MA’RIFATUDZ DZAT.
Ertinya : MENGENAL DZAT ALLAH (DZATULLAH).
Ini adalah bahagian yang tidak akan pernah tercapai oleh mana-mana Insan, kerana ini adalah bahagian Khusus yang merupakan HAK KETUHANAN.
Fikiran Insan tidak akan pernah mencapainya, kerana Akal Insan tidak mungkin boleh menggapainya.
Nabi SAW bersabda :
“Berfikirlah kalian tentang Makhluk Allah, jangan sekali-kali berfikir tentang Dzat Allah, kerana sungguh kamu tidak akan mampu memenuhi kadarnya”.
ASMA’nya :
“ALLAH SWT”...
2) MA’RIFATUS SIFAT.
Ertinya : MENGENAL SIFAT-SIFAT ALLAH (SIFATULLAH).
Dengan mendalami maknanya Asma-Ul Husnah, maka Insan akan menjadi Mengenal Sifat-Sifat Allah.
Mengenal segala Sifat-Sifat Kesempurnaan Allah SWT.
Maka seseorang Insan itu hendaklah Berakhlak dengan Sifat Keutamaan-NYA.
Dan sudah tentu sajalah didalam Batas kemampuan ke-Insanannya.
ASMA’nya :
AL-AHAD ~ ALLAH MAHA TUNGGAL (ESA).
AL-AWWALU ~ ALLAH MAHA AWAL TANPA PERMULAAN.
AL-AKHIRU ~ ALLAH MAHA AKHIR TANPA PENGAKHIRAN.
AL-HAYYUN ~ ALLAH MAHA HIDUP.
AL-JABBAR ~ ALLAH MAHA PERKASA.
AR-RAHMAN ~ ALLAH MAHA PENGASIH.
AL-WADUD ~ ALLAH MAHA MENCINTAI HAMBA-NYA...
3) MA’RIFATUL WUJUD.
Ertinya : MENGENAL WUJUD ALLAH (WUJUDULLAH).
Allah SWT itu MAHA WUJUD (ADA).
Namun, Wujud Allah itu tidaklah mungkin terjangkau oleh otak Insan.
Dan tidak akan mungkin terbayangkan oleh khayalan Insan, iaitu :
“LAISA KAMISLIHI SYAIUN”.
Firman Allah SWT :
“(Allah) tidak serupa dengan apapun jua”.
Apa-apapun yang boleh Dibayangkan sebagai Allah, maka itu bukanlah Allah SWT pada Hakikatnya (MAHA BESAR ALLAH).
Apa-apapun yang boleh Dilukiskan sebagai Allah, maka pasti itu bukanlah Allah SWT pada Hakikatnya (MAHA SUCI ALLAH).
Siti Aisyah RA, isterinya Nabi SAW pernah berkata :
“MAN KHADDATSAKA ANNA MUHAMMADAN SAW, RO'A RABBAHU FA QAD KADZABA".
Ertinya : Barangsiapa menceritakan kepadamu bahawa Muhammad telah melihat Tuhannya (Pada Waktu Mi’raj) maka dustalah ia”.
Bersabda Nabi SAW :
“WA QAD RO'AITU NURON, ANNA ANAHU".
Ertinya : Dan sungguh aku melihat Cahaya, bagaimana mungkin aku Melihat-NYA (Tuhan).
“SUBHANAKA, MA'ARAFNAKA HAQQA MA'RIFATAKA".
Ertinya : Maha Suci Tuhan, tidaklah kami dapat Mengenal-MU dengan Pengenalan yang setepat-tepatnya.
ASMA’nya :
AL-BATIN ~ ALLAH MAHA GHAIB.
AL-LATIF ~ ALLAH MAHA HALUS.
AZ-ZAHIR ~ ALLAH MAHA NYATA...
4) MA’RIFATUL AF’AL.
Ertinya : MENGENAL KARYA-KARYA ALLAH (AF'ALULLAH).
Melalui Asma-Ul Husna, Allah SWT memanifestasikan Karya-Karya-NYA dengan Menampakkan Af’al-NYA yang MAHA HEBAT.
Terkenal diseluruh Alam Semesta Raya dan
Tersusun Rapi didalam Organ-Organ Tubuh Insan.
Alam Kabir (Makrokosmos) dan Alam Saghir (Mikrokosmos).
Karya Tercanggih yang tidak akan pernah sesekali ada tolok bandingnya, serta suatu Bukti KEMAHABESARAN ALLAH SWT yang tiada timbang taranya.
Bagi Insan-Insan yang mampu Membaca RAHASIA Alam Semesta Raya, maka KEBESARAN ALLAH SWT akan benar-benar Terlihat Jelas dan Kelihatan Nyata.
ASMA’nya :
AL-KHALIQ ~ ALLAH MAHA PENCIPTA.
AL-MUHYI ~ ALLAH MAHA MENGHIDUPKAN.
AL-MUMIT ~ ALLAH MAHA MEMATIKAN.
AL-JAMI’ ~ ALLAH MAHA MENGUMPULKAN.
AN-NUR ~ ALLAH MAHA PEMILIK CAHAYA.
AL-GHANIYYU ~ ALLAH MAHA KAYA...

[ sumber dari Syeh Haqtullah ]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup

  KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup Penulis : DR. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM) (Jabatan Mufti Negeri Sembilan hanya ...