Isnin, 8 Januari 2024

 



*MATI SEBELUM MATI*
Sabda Nabi SAW;
موتوا قبل ان تموتوا
*“Rasakanlah mati sebelum engkau mati.”*_
Mati terbagi 2 :
● *Mati Zahir*
● *Mati Bathin*
Mati zahir adalah mati putus nyawa.
Mati bathin adalah matikan dirimu sebelum mati.
Orang yg mati zahir tanpa terdahulu mati bathin maka ia orang yg rugi. Maka setelah mati dia digelar *Al.Malaun* (Yang DiLaknati).
Manakala orang yg telah mati Bathin terlebih dahulu digelar *Al.Marhum*
(Yg diRahmati).

Sabda Nabi SAW;
موتوا قبل ان تموتوا
*“Rasakanlah mati sebelum engkau mati.”*_
_*BARANGSIAPA BUTA DI DUNIA MAKA BERTAMBAH BUTALAH DIA DI AKHIRAT*_
Dalam pengajian ilmu mengenal diri atau ilmu Makrifat maka DIMENSI MATI adalah :
• Orang yg tidak kenal Allah (bermakrifat) maka matinya jasadnya akan menjadi bangkai. Orang ini adalah golongan yg buta didunia maka akan bertambah butalah dia diakhirat. Kerana golongan ini telah menajiskan iman dengan mencuri hak Allah. Maka ia dikutuk & dilaknat Allah kerana engkar mengenali Allah semasa hidupnya. Merekalah golongan yg sesat & digelar Al.Malaun (yang dilaknat).
● Orang Yg Mati Bathin adalah orang yg Mengenal Allah lantas ia mengembalikan hak Allah. Orang ini dinamakan Insan.
● Insan adalah orang yg sedari bahawa dia hanya bayangan Nur Muhammad. Nur Muhammad adalah kuntumnya 7 (sifat Ma'ani) di dalam diri iaitu Samak, Basar, Kalam, Ilmu, Kudrat, Iradat, Hayat.
● Insan adalah orang yg menginsafi bahawa dirinya tiada, yg ada & wujud hanyalah Dia (Allah). Maka insan sekadar peminjam kuntumnya 7. Maka ia harus kembalikan kuntumnya 7 kpd Allah selagi masih hayat dikandung badan. Kembalikan inilah yg disebut Mati Sebelum Mati.
● Bagaimana nak merasakan insan telah kembalikan kuntumnya 7 & Bagaimana insan nak mati sebelum mati ? Itu kena tunggu Part 3.

*ORANG YANG MATI TIDAK MENGENAL ALLAH (BERMAKRIFAT), MAKA IA ORANG YG SESAT.*_
_*ORANG YG MATI SEBELUM MATI, MAKA IA INSAN YG TELAH MELIHAT ALLAH DENGAN PANDANGAN MATA HATI - INILAH DINAMAKAN INSAN BERMUJAHADAH*_
● _Mati Sebelum Mati adalah paksi kepada Makrifatullah. Bermakrifat adalah memandang cermin diri (Roh) yg bila digilap maka ia akan menjadi terang. Cermin terang itulah yg dinamakan "mata hati insan"._
● _Mata Hati (pandangan Roh) yg memandang menembusi cermin di dalam cermin (hijab). Maka didalam cermin kelihatan Nur Muhammad. Maka semakin ditilik Nur Muhammad maka ia menembusi cermin di dalam cermin maka ternampaklah Nur Allah. Maka disaat itu insan rasakan kelazatan mutlak - iaitu dirinya telah tiada, yg ada hanyalah Allah. Dirinya hanyalah bayangan Allah._
_*Ini dijelaskan dalam Surah An-Nur : 35:*_
_*"Allah (pemberi) cahaya (makrifat) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus (hijab), yang di dalamnya ada pelita besar (nafsu). Pelita itu di dalam tabung kaca (Roh) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan (mata hati), yang dinyalakan dengan minyak (zikir) dari pohon (ilmu) yang diberkahi, pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api . Cahaya di atas cahaya (lapisan cermin hijab tersingkap), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya (Nur Muhamad) bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan- perumpamaan (dalam Al Quran) bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.*_
● _Maka yang dinamakan Kenali Allah ialah memandang kesempurnaan dirinya dalam diri Allah. Maka tika itulah ia telah mati sebelum mati yg dinamakan Mati Bathin._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup

  KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup Penulis : DR. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM) (Jabatan Mufti Negeri Sembilan hanya ...