Isnin, 30 Disember 2024

Tasawwuf

 


Saya diminta bercakap berkenaan tasawwuf dan tariqah tasawwuf dalam persidangan ini. Bagaimana saya hendak mencakapkan tasawwuf kerana ia adalah jenis jiwa ruh kebatinan? Bagaimana hendak diceramahkan kerana ia cahaya dan keimanan? Kita sekarang sedang hidup dalam dunia yang berserabut dengan gejala-gejala kebendaan fikiran dan usaha-usaha yang berlumba-lumba untuk hawa nafsu syahwat dan keinginan syaitan, hati yang dinoda tamak haloba angkara murka kejahilan dan kekeliruan melainkan orang yang arif bijaksana dan beriman.
Untuk tahu dan mengenal tasawwuf itu, cuba buang dan jauhkan diri (akan) sebarang larangan Allah Ta‘ala. Hampir dan kerjakanlah apa-apa yang disuruh Allah Ta‘ala. Bersihkan dan heningkan fikiran dan hati dengan nur dan petunjuk Tuhan. Jauhkanlah dari fitnah dunia dan bisikan syaitan. Amalkan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Buangkan sifat-sifat mazmumah (tercela). Bangunkanlah insan kamil. Tinggalkanlah dunia yang fana ini dan berhadaplah kepada negeri akhirat yang kekal. Hadaplah dunia ini dengan penuh rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat. Isilah budi pekerti dengan timbang rasa keadilan dan ihsan. Hiasilah diri dengan adab akhlaq yang bersih baik; taat mengerjakan ibadah. Kasih kepada Allah Ta‘ala dan mahluknya, asyik bercinta dengan kecantikan kesempurnaan Tuhan Yang Maha Tinggi Maha Besar, berkecimpung di lautan rahmat dan keridaan Tuhan. Peranglah nafsu dan syaitan. Kenalah diri yang sebenarnya. Dengan demikian, nampaklah kesucian dan kebenaran tasawwuf itu.
Tasawwuf Itu Nyawa Islam
Tasawwuf itu adalah puncak yang tertinggi sekali dalam alam fikiran dan cita rasa hati Islam. Ini ternyata dalam tawarikh perkembangan keemasan Islam. Tasawwuf menghembuskan jiwa yang dinamik, sanggup berhabis-habisan berkorban-memelihara dan mempertahankan aqidah dan prinsip-prinsip Islam beriman yang sempurna; sempurna dalam urusan hidup. Kenal kepada rahsia dan hikmah hidup. Menyeru dan memimpin kepada peri kemanusiaan yang tinggi suci dan kepada ketuhanan dengan penuh jujur dan amanah. Bersungguh-sungguh bertolong-menolong atas perkara taat dan taqwa. Pesan-memesan, ingat-beringat atas perkara haq dan sabar, berlumba-lumba berbuat kebajikan. Tasawwuf itu adalah ilmu batin sebagai jiwa dan nyawa manakala ilmu zahir itu sebagai jasadnya.
Al-Quran Dan Tasawwuf
Daripada ayat-ayat al-Quran diambil sandaran dan pegangan tasawwuf dan tariqah-tariqah; berpaling dari dunia dan berhadap kepada yang menjadikan hidup dan dunia alam buana ini, berhadap kepada Tuhan dengan penuh harapan kasih dan fana fillah. Di antara ayat-ayat itu:
“Ketahuilah oleh kamu! Sesungguhnya di dunia ini adalah sukan main-mainan, (hiburan), perhiasan, bermegah-megah antara kamu, berlumba-lumba banyak harta dan anak-anak; umpama yang demikian itu ialah seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir dengan memandang kesuburan siraman air itu kepada tumbuh-tumbuhannya, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering, lalu pula berubah kuning layu, kemudian beralih menjadi reput hancur. Di kampung akhirat itu nanti azab seksa yang keras kepada orang-orang kafir dan keampunan serta keridaan daripada Allah untuk orang-orang mukmin. Dan tidaklah sekali-kali hidup dunia ini melainkan hidup kesukaan saduran (luntur jua).” (al-Hadid :20)
Seluruh ayat al-Quran itu tujuannya mengharapkan dan memimpin diri manusia itu kepada ruh yang suci, menghadap kembali kepada Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk ini, balik ke negeri akhirat yang kekal abadi. Al-Quran adalah tegas sekali mengatakan:
“Aku tidaklah menjadikan jin dan manusia melainkan ialah untuk menyembah kepada Aku.” (al-Dhariyat: 56)
Semua dalam alam wujud ini menurut fitrahnya ingat dan tunduk bertasbih kepada Allah Ta‘ala:
“Bertasbih bagi-Nya oleh langit-langit dan bumi dan mana-mana makhluk pada kedua-duanya.”
Mulai dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, ketika al-Quran masih bersambung-sambung turun, ada golongan manusia yang banyak sekali beribadat dan banyak membaca dan menghafaz al-Quran itu. Golongan ini terkenal Ahli al-Suffah, yang menjadi pangkal menimbulkan ahli tasawwuf itu. Inilah sedikit pandangan daripada al-Quran. Mazhab ahli tasawwuf itu:
Kasih mereka kepada Allah, kasih Allah kepada insan; kasih insan kepada Allah; kasihlah yang menegakkan hidup. Kerana itulah kasihkan Allah itulah pujaan hidup ahli-ahli tasawwuf itu mulai dari jasmaninya lantas keruhanian sentiasa kasihkan Allah. Lidahnya sentiasa berzikir dan bertasbih. Tiap nafas turun naiknya, keluar masuknya dengan berzikir. Hati budinya terus dengan zikir yang sentiasa.
Jiwa mereka taat beribadat dan berjihad melawan nafsu, melawan kezaliman, berjuang dalam lapangan umum, meninggikan kalimah Allah hingga jadi agama Islam itu pegangan hidup dan jalan hidupnya semata-mata kerana Allah Ta‘ala.
Rasulullah s.a.w. Dengan Hidup Tasawwuf
Mula hidupnya dengan mempelajari rahsia dan hikmah alam dengan bertapa di Gua Hira’ sehingga menjadi rasul. Rasulullah s.a.w. sangat kuat bertahajjud, istighfar, zikir, sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana lama berdiri qiyam. Rasulullah s.a.w. menangis kerana takutkan Tuhannya. Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada Abu Hurairah rupa dunia yang kotor ini dengan contoh satu lopak yang bertimbun-timbun bangkai manusia dan binatang dan barang-barang buruk buangan. Semuanya ini terang dalam hadith yang sahih.
Rasulullah s.a.w. mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayap nyamuk. Dalam suatu Hadith Qudsi: “Aku adalah di sisi orang-orang yang pecah remuk redam hatinya.” Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar yang kasar. Badannya berlarik bekas tikar itu di kedua lambungnya hingga menangis Sayyidina Umar dengan penderitaan nabi itu.
Banyak sungguh hadith-hadith yang dipegang oleh ahli tasawwuf itu. Pada orang tasawwuf, siapa yang hendak dunia – seperti sabda Rasulullah itu – silalah dan siapa yang hendakkan akhirat dan keridaan Tuhannya jalan atau tariqahnya adalah terang dan nyata.
Keperluan Tasawwuf Di Zaman Ini
Apakah gunanya tasawwuf di zaman pembangunan Negara kita sekarang ini? Tidakkah akan mematahkan semangat usaha dan kerja pembangunan?!
Tasawwuf yang betul benar tidak menjadi sebarang halangan kepada pembangunan malah memberikan semangat yang bersih dan selamat kerana adalah berdasarkan peri kemanusiaan yang sempurna. Kekayaan hendaklah dilakukan dan digunakan semata-mata untuk peri kemanusiaan dan kebajikan. Untuk seorang tasawwuf cukup sebagaimana yang digambarkan pada sifat nabi, sahabat-sahabat dan ulama-ulama.
Pembangunan kebendaan dengan tidak disertai pembangunan jiwa dan ruh samalah seperti membuat lembaga manusia yang tak bernyawa dan membangunkan ruh sahaja samalah seperti ruh yang tidak berjasad.
Syara‘ dan haqiqat perlu sama maju. Masing-masing dalam pembangunan negara hendaklah mengambil lapang masing-masing. Susu adalah minuman yang lazat dan baik jika ada orang yang tak boleh minum teh tak suka minum kopi dan yang suka kopi tidak sukia teh; ambillah minuman masing-masing.
(Dipetik dari buku “Manifesto Intisari dan Rahsia dalam Pemikiran dan Pengalaman Islami” susunan Mohd Zaidi Abdullah. Beliau juga merupakan penyumbang artikel dan penyunting buku ini.)
*Tasawwuf itulah adalah ruh dalam pengamalan Islami. Tanpa ruh, maka tidaklah hidup jasad itu. Peranan tasawwuf sungguh besar dalam kehidupan masa kini. Apa tidaknya, kerana tasawwuf itu sendiri asasnya berdiri di atas prinsip tauhid dan mengesakan Allah. Kemudian ianya dihiasi dengan akhlaq yang mulia dan baik. Maka, melalui tasawwuf peradaban kaum Muslimin terbina. Apa tidaknya, jika masyarakat mempunyai akhlaq yang buruk, hidup mengikut nafsu syahwat dan kebinatangan, maka akan musnahlah sesuatu peradaban itu. Seperti yang disebut Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmi di atas, melalui tasawwuf terbinalah episod baru peradaban kaum muslimin yang gemilang. Peradaban yang gemilang terbentuk apabila rakyatnya terdiri daripada mereka yang berakhlaq mulia, mata hatinya tajam, hatinya penuh dengan perasaan kasih sayang dan saling menghormati. Hati mereka sentiasa mengingati Allah. Apakah yang akan terjadi kepada sesebuah institusi korporat sekiranya para pekerjanya mempunyai akhlaq yang cemar? Masing-masing ingin menjatuhkan di antara satu sama lain. Majikan bersifat zalim dan kasar kepada pekerjanya dan para pekerja tidak amanah dalam menjalankan tugas? Sudah pasti institusi korporat tersebut akan menuju kehancuran. Begitulah juga halnya dalam sesebuah peradaban. Mungkin ada antara yang tidak setuju dengan istilah tasawwuf, tetapi tasawwuf itu tidak lain daripada maksud hadith Rasulullah s.a.w. iaitu: “Kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah, dan sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya dia melihat kamu.” Itulah dia tujuan tasawwuf, untuk mencapai peringkat ihsan.

Oleh Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmi
Manarah Studio 

Selasa, 19 November 2024

*FAHAMI RAHSIA HAKIKAT SOLAT*

 


*FAHAMI RAHSIA HAKIKAT SOLAT*
Solat dari Takrif bahasa merupakan Doa,
Pengertian Solat didalam Syarak pula ialah;
“Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan Takbir, disudahi dengan Salam dan dengannya kita Beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.”
Takrif Solat dari pandangan Ariffbillah pula ialah;
“Solat itu suatu Perhubungan yang Menghubungkan antara Hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk MENYATAKAN ALLAH.”
Ada tiga perkataan penting yang perlu diperhatikan;
1) Perhubungan
2) Hati
3) Tuhan
Huraian tafsiran Solat dari pandangan Ariffbillah;
Solat itu suatu PERHUBUNGAN.
Apa yang hendak di Hubungkan ???
- Menghubungkan Hati dengan Allah swt.
Apa maksud Hati ???
- Hati itu Qalbu atau Roh. Maka yang hendak dihubungkan adalah Roh dengan Tuhannya.
Siapa yang Menghubungkan ???
- Tuhan itu sendiri melalui perantaraan Roh. Tuhan menyatakan diriNya melalui Roh, Roh menyatakan diriNya melalui makhluk (Manusia), manusia menyatakan dirinya melalui Jasad, Jasad menyatakan dirinya melalui Sel, Sel menyatakan dirinya melalui Nukleus, Nukleus menyatakan dirinya melalui Atom dan Atom itu kembali menyatakan diri TuhanNya.
(Tujuh Martabat : Bermula dengan Tuhan dan berakhir dengan Tuhan)
Perhubungan itu boleh membawa maksud MENYAKSIKAN, BERTEMU, BERKOMUNIKASI atau BERINTERAKSI.
(Komunikasi yang baik adalah Komunikasi dua hala)
Apalah erti Komunikasi jika hanya satu pihak sahaja yang Berkomunikasi ??
Apalah erti Pertemuan jika tidak Bertemu ??
Apalah erti Berinteraksi jika satu pihak sahaja yang beri Reaksi ??
Apalah erti Saksi, jika tidak kenal Saksi dan tidak pernah Menyaksikan Saksi ??
Bila telah Berkomunikasi, bila telah Berinteraksi, bila telah Bertemu antara Roh dengan Tuhan, maka akan nyatalah Penyaksian itu. Nyata Penyaksian bermakna, nyatalah Tuhan itu. Bila nyata Tuhan, maka tiadalah segala sesuatu melainkan DIA !
Apa tugas makhluk manusia ???
- Untuk Beribadah kepada Tuhan.
Apa itu Ibadah ???
- Merendahkan, Menundukkan dan Melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, Dzahir dan Batin melainkan Allah swt.
Bagaimana nak merendahkan diri ???
- Buang segala sesuatu yang bersifat makhluk. Bila mati sifat makhluk, maka nyatalah Sifat Tuhan. Bila Tuhan telah nyata, maka Berhubunglah.
Bagaimana untuk berhubung ???
- Lakukan Solat.
Apa itu Solat ???
- Suatu Perhubungan yang Menghubungkan antara Hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk Menyatakan Allah.
Bagaimana Bersolat (Berhubung) ???
- Matikan diri daripada segala sesuatu, buang segala sifat makhluk, buang segala nama yang bernama, buang segala sifat yang bersifat, buang segala perbuatan yang memperbuat. Buanglah segala Dzat yang Berzat.
Bila segalanya telah dibuang, pulangkan segala Sifat itu kembali kepada pemilikNya (Tuhan). Tuhan itulah Nama (Asma’) bagi segala yang bernama. Tuhan itulah Sifat bagi segala yang Bersifat. Tuhan itulah yang memperbuat segala Perbuatan (Af’al). Tuhan itulah Dzat bagi segala yang mempunyai Zat.
Sebab itulah bila sampai di “Haiya alaasolah” kita pun menjawab;
“Laa hau lawala quwwata illa billah"
* Hubung kaitnya pengertian Solat Syarak dan Solat Ma'krifat
Didalam pengertian Syarak, ia lebih menerangkan perihal kaedah atau cara perlakuan Solat dari Dzahir kepada Batin, manakala pengertian Ariffbillah lebih tertumpu kepada perhubungan dari Batin kepada diri Batin, tetapi kedua-duanya bermatlamat menuju kepada tujuan yang sama iaitu Allah swt.
Syarak atau Syariat itu bermakna peraturan, hukum atau undang-undang. Peraturan itu untuk manusia yang bertubuh berjasad yang bersifat Dzahir ini. Justeru itu Pentakrifan Syariat itu lebih menyentuh perihal sesuatu yang bersifat Dzahir kepada manusia.
Sesuatu yang Dzahir itu tidak dapat di Dzahirkan melainkan ada yang Batin. Perkara Batin tidak dapat dihuraikan oleh perkara Dzahir. Hanya Batin yang dapat menghuraikan perkara Batin. Justeru itu istilah Syariat banyak mengandungi kias dan Perumpamaan yang perlukan ilmu untuk difahami. Solat dalam Takrifan Syarak itu ada sedikit kias.
Kiasannya ialah bagaimana perkara Dzahir (Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam) boleh bersama dengan perkara Batin (Beribadah kepada Allah) ???
- Hanya perkara Batin yang dapat bersama perkara Batin. Hanya Batin yang mengenal Batin.
Bagaimana yang Dzahir boleh mengenal yang Batin ???
- Perkara Dzahir adalah perkara nampak. Perkara Batin adalah perkara tidak nampak.
Bagaimana perkara nampak hendak melihat perkara tidak nampak ???
Contohnya begini;
Dengan keadaan sedar dan jaga, cuba kita bayangkan sebiji buah manggis yang ranum. Sekarang, cuba kita gerakkan tangan dan cuba kita ambil buah manggis yang dibayangkan itu dengan tangan yang ada. Boleh ? Nescaya tidak boleh ! Tangan itu perkara Dzahir, mana mungkin boleh mengambil manggis yang wujud hanya dalam bayangan atau khayalan.
Sekarang, cuba pula kita letakkan diri kita dalam gelombang Alpha atau Theta (Berkhayal atau mimpi). Dalam khayalan itu, cuba kita ambil manggis tadi, kemudian kita kupas kulitnya, kita makan isinya dan kita rasa sedapnya. Kalau khayalan atau mimpi kita Khusyuk, nescaya kita dapat merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan buah manggis itu. Malah, sedapnya rasa manggis itu, seolah-olah benar-benar terasa di tekak.
Contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin perkara Batin boleh dirasa oleh perkara Dzahir. Hanya Batin yang dapat mengenal Batin. Buah manggis dalam khayalan atau mimpi itu hanya boleh dirasa oleh orang yang berkhayal atau bermimpi. Mana mungkin orang yang sedar boleh merasa manggis yang wujud didalam khayal atau mimpi.
Jika dibawa ke persoalan Solat, Takrif Ariffbillah (Ma'krifat), lebih mirip kepada perkara Batin dan Takrif Syarak (Syariat), lebih mirip kepada perkara Dzahir. Namun kedua-duanya menuju tujuan yang sama, iaitu kepada Allah swt.
Cuma, jalannya sahaja yang berbeza.
Perlu di ingat, meskipun tujuan jalan Syariat dan jalan Hakikat itu sama, namun ramai pengikut-pengikut aliran Syariat dan ramai juga pengikut-pengikut aliran Hakikat “Tersesat” ketika mencari jalan. Sebabnya ???
- Kerana mereka itu kurang ILMU, hanya penuh dengan MAKLUMAT sahaja.
Bagaimana kita tahu kita tersesat jalan ???
- Kita tahu kita tersesat, bila kita RASA kita masih tidak KENAL dan tidak JUMPA akan apa yang kita CARI. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita masih tak sampai-sampai ke tempat DITUJU. Bila kita masih tidak tahu apa itu IKHLAS.
Bila kita tak pernah rasa dan masih tercari cari apa itu Khusyuk. Bila kita masih mengaku, ini aku punya, itu aku buat. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita “Mampu” untuk mengucapkan syukur kepada Allah swt.
Makanya, bila kita tahu yang kita telah tersesat dihujung jalan. Maka, hendaklah kita balik ke pangkal jalan. Balik ke pangkal jalan itu, adalah balik ke tempat asal, tempat bermulanya perjalanan kita.
Bagaimana kita boleh tersesat jalan ???
- Kita tersesat kerana kita tidak tahu jalan. Tidak tahu jalan kerana kita tidak tahu mencari jalan. Tidak tahu mencari jalan kerana kita tidak faham akan ilmu.
Kebanyakan daripada kita menganggap maklumat itu sebagai ilmu. Maklumat tidak akan dapat mengenal dan tidak akan sampai ke tempat tuju (Allah swt).
Untuk maklumat menjadi ilmu, kita perlu tahu teknologi MEMPROSES ILMU. Bila kita faham akan teknologi ilmu, maka barulah kita boleh memproses maklumat untuk dijadikan ilmu.
Bila tahu cara memproses maklumat, maka barulah makna atau maksud oleh dihasilkan. Bila makna terhasil, maka barulah kita beroleh faham. Bila beroleh faham, barulah mengenal jalan. Bila mengenal jalan, barulah tidak tersesat. Bila tak sesat, barulah sampai ke tempat tujuan.
Maka, belajarlah ! tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Walaupun Ulama Hadist mengatakan Hadist ini daif, itu tidak menjadi soal, anggap saja ianya sebagai kata-kata mutiara, kerana kita cuma ingin mengambil ilmu di sebalik kata-kata itu.
Apakah Solat itu yang menjadi tujuan ???
Solat itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah swt, tetapi Solat (Perhubungan) itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan kerana Solat adalah “Perhubungan” yang perlu dilakukan untuk Menyatakan Allah swt.
Allah swt Menyatakan diriNya melalui perantaraan Roh dan Roh Menyatakan diriNya melalui perantaraan Jasad Manusia. Jasad manusia itu hanya penzahiran atau pantulan (Reflextion) Roh dan Roh itu pula bersumberkan Allah swt.
Maka kalau tidak Bersolat, bagimana kita boleh Menyatakan Allah swt ???
Maka Bersolatlah, jangan tinggalkan Solat. Solatlah sama ada di dalam Solat atau di luar Solat. Solatlah sama ada Solat didalam Takrifan Syariat atau Solat didalam Takrifan Ariffbillah (Ma'krifat).
Bila Nyatanya Allah swt, maka tertunduklah diri, rendahlah diri, hapuslah diri. Yang Tinggi dan yang Wujud hanyalah Allah semata-mata. Inilah ibadah ! Inilah Solat. Solat yang sentiasa tidak putus, inilah Solat Daim (Perhubungan yang sentiasa tidak putus). Inilah Solat yang tidak berkesudahan bermula dari Subuh, habis Subuh, sambung ke Zohor, habis Zohor, sambung ke Asar, sambung ke Maghrib, sambung ke Isyak dan berbalik ke Subuh, tanpa batasan waktu !
Cuma, didalam hendak Menyatakan Allah swt itu, kita perlu ada ilmu bagaimana hendak berhubung. Perlu faham setiap Takrifan Syariat. Perlu tahu dan faham juga Takrifan Hakikat dan Ma'krifat. Sebab itu kita perlu kepada GURU MURSYID. Sebab itu kita perlu kepada banyak Buku.
Guru mengenal Tuhan tak semestinya fasih berbahasa Arab. Guru mengenal Tuhan tidak semestinya bernama ala Arab. Guru mengenal Tuhan tidak semestinya bergelar Ustaz, Syeikh, Al-Fadhil atau lain-lain. Fikirkanlah.....

# Sumber dari FB

Selasa, 22 Oktober 2024

PERANAN DAN JASA AHLI SUFI SEPANJANG ZAMAN

 

PERANAN DAN JASA AHLI SUFI SEPANJANG ZAMAN

Ahli sufi turut memainkan peranan penting sebagai penggerak gerakan jihad dalam sejarah Islam. Namun, jihad yang dibawa oleh golongan sufi bukan hanya berfokus kepada perang fizikal, tetapi juga melibatkan aspek rohani dan sosial, yang mereka anggap sebagai jihad akbar (perjuangan besar) dan jihad asghar (perjuangan kecil). Berikut adalah cara ahli sufi berperanan sebagai penggerak gerakan jihad:
1. Menyemarakkan Semangat Perjuangan Berlandaskan Agama
Ahli sufi mengajar bahawa jihad bukan sekadar perang melawan musuh zahir, tetapi juga usaha memperbaiki diri dengan mengalahkan hawa nafsu. Dalam konteks perang, jihad dilihat sebagai satu tanggungjawab suci bagi mempertahankan agama, maruah, dan tanah air.
Mereka menanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul dalam kalangan pejuang, yang menjadi motivasi kuat untuk berjuang tanpa gentar terhadap ancaman musuh.
2. Kepimpinan dan Penyertaan Langsung dalam Jihad Fizikal
Beberapa ahli sufi terkenal bukan sahaja mengajar tasawuf tetapi juga mengetuai peperangan menentang penjajah dan musuh Islam. Mereka menggabungkan kekuatan rohani dan fizikal dalam perjuangan, seperti:
Imam Shamil di Kaukasus memimpin gerakan jihad menentang penjajahan Rusia.
Sidi al-Mukhtar al-Kunti di Afrika Utara memimpin tarekat dalam usaha mempertahankan wilayah Islam daripada kuasa kolonial.
Sheikh Omar Mukhtar mengetuai jihad di Libya menentang penjajahan Itali, sambil mendapat sokongan kuat daripada tarekat Sanusiyyah.
3. Tarekat Sufi sebagai Organisasi Perjuangan
Banyak tarekat sufi, seperti Sanusiyyah di Afrika Utara dan Naqshbandiyyah di Asia Tengah, berfungsi bukan sahaja sebagai pusat latihan kerohanian tetapi juga sebagai gerakan yang mengatur strategi perang dan pertahanan.
Institusi sufi seperti zawiyah dan ribat bukan sahaja menyediakan pendidikan rohani, tetapi juga berfungsi sebagai markas tentera dan pusat perancangan jihad.
4. Menyediakan Latihan Ketahanan Mental dan Kerohanian
Ahli sufi melatih para pejuang dengan disiplin rohani seperti zikir, mujahadah, dan sabar. Ini membantu pejuang menghadapi cabaran perang dengan jiwa yang teguh dan tidak mudah putus asa.
Melalui amalan kerohanian, mereka menekankan konsep tawakkal (berserah diri kepada Allah) dan ikhlas dalam perjuangan, menjadikan jihad bukan semata-mata soal kemenangan, tetapi satu ibadah.
5. Jihad Melawan Penjajahan dan Penindasan
Dalam sejarah dunia Islam, ahli sufi sering mengetuai gerakan menentang penjajah yang cuba menghapuskan syariat Islam dan kedaulatan umat Islam. Mereka melihat penjajahan bukan hanya sebagai serangan politik, tetapi juga ancaman terhadap agama dan budaya Islam.
Contoh:
Tarekat Qadiriyyah dan Tijaniyyah memainkan peranan dalam menentang penjajahan Perancis di Afrika Barat.
Di Nusantara, ulama sufi seperti Tengku Syiah Kuala dan Tuanku Imam Bonjol menggerakkan jihad menentang penjajahan Belanda.
6. Membangkitkan Solidariti dan Perpaduan Umat Islam
Ahli sufi menyeru umat Islam supaya bersatu menentang musuh, tanpa mengira perbezaan mazhab atau bangsa. Mereka menggunakan pengaruh tarekat dan zawiyah untuk menyatukan masyarakat dalam satu matlamat jihad.
Kekuatan ukhuwah dan perpaduan yang mereka bina melalui zikir berjemaah dan majlis ilmu membantu memastikan kestabilan emosi dan sokongan moral di kalangan pejuang.
Secara keseluruhannya, ahli sufi menggabungkan kekuatan rohani dan fizikal dalam menggerakkan jihad. Perjuangan mereka tidak hanya terbatas kepada peperangan senjata, tetapi juga merangkumi jihad menegakkan keadilan, melawan penjajahan, dan memelihara akhlak serta syariat Islam. Keseimbangan antara rohani dan jasmani ini menjadikan gerakan jihad yang dipimpin oleh ahli sufi begitu berkesan dan berpengaruh dalam sejarah dunia Islam.

Sumber dari Thurath Alqurawiyyin

Sabtu, 19 Oktober 2024

Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi

 


Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi

Di Asia Tenggara ini adalah yang paling subur berkembangnya Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi dan sebahagian yang dapat dikenal adalah 41 banyaknya menurut catatan oleh sebahagian ulama yang mengetahuinya.
01. Tarekat Qadiriyah
02. Tarekat Cyistiyah
03. Tarekat Suhrawardiyah
04. Tarekat Naqsyabandiyah
05. Tarekat Ahmadiyah
06. Tarekat Dasuqiah
07. Tarekat Akrabiah
08. Tarekat Maulawiyah
09. Tarekat Kubrawiah
10. Tarekat Syazaliyah
11. Tarekat Khalwatiyah
12. Tarekat Jalutiyah
13. Tarekat Baktasyiah
14. Tarekat Ghazaliyah
15. Tarekat Rumiyah
16. Tarekat Sya'diyah
17. Tarekat Rifaiyah
18. Tarekat Sya'baniah
19. Tarekat Kalshaniyah
20. Tarekat Hamzawiyah
21. Tarekat Biramiyah
22. Tarekat Alwiyah
23. Tarekat Isyaqiah
24. Tarekat Bakariah
25. Tarekat Umariah
26. Tarekat Usmaniah
27. Tarekat Abbasiyah
28. Tarekat Haddadiah
29. Tarekat Ghaibiah
30. Tarekat Chidriah
31. Tarekat Syathariah
32. Tarekat Bayumiah
33. Tarekat Maulamiah
34. Tarekat Idrusiah
35. Tarekat Sunbuliah
36. Tarekat Ausiah
37. Tarekat Anfasiah
38. Tarekat Samaniah
39. Tarekat Badawiah
40. Tarekat Sanusiah
41. Tarekat Husofiyyah

Demikianlah 41 Tarekat ini mempunyai hubungan salasilah yang bertawasul dengan segala salasilah masyaeeh-masyaeeh ahlus shufi hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
Tidaklah diperdapat ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini dengan mudah begitu saja seperti mengaji ilmu syariat, kerana disini ada beberapa syarat yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
Yang paling utama untuk mengambil ilmu ini adalah dengan dibai'atkan atau ditalkinkan daripada mulut guru mursyid kamil mukamil yang masuk dalam rantai salasilah Ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah S.A.W, yang mana Baginda juga ditalkinkan oleh Malaikat Jibril A.S di Gua Hira'.
Jangan disangka mengambil ilmu ini Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini seperti belajar ilmu Syariat yang zahir seperti duduk di bangku sekolah di dalam kelas dengan pakai papan hitam dan kapur oleh guru yang mengajar dan si murid pakai pena dan buku tulis untuk menyalin dan dibawa pulang untuk dihafal, diingat dan nanti akan ditanya dan diuji supaya naik kelas.
Bukan sekali-kali bukan, itu cara ilmu zahir. Adapun ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini adalah seperti yang dilakukan oleh Nabi Musa di Bukit Thursina sampai ia menerima kitab Taurat buat panduan dirinya dan panduan kaum umat Bani Israel.
Begitu juga yang dilakukan oleh Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W hingga menerima Wahyu Al-Qur'an buat panduan dirinya dan seluruh umat manusia. Yakni dengan berkhalwat atau bersuluk mengasingkan diri dari dunia orang ramai iaitu dunia yang menipu daya manusia.
Sudah menjadi kaedah Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi , bahawa tidak sebarangan orang yang boleh masuk ke dalam ilmu Tarekat ini kerana memang demikian dasarnya sejak Rasulullah S.A.W masih hidup lagi dan apatah lagi nama Baginda tidak tercatat dalam daftar wali-wali pada azali. Dan itulah sebab tidak rasmi sebagai rasminya ilmu zahir syariat tadi.
Sesudah Allah memerintahkan solat 5 waktu kepada Baginda Rasulullah S.A.W dan umatnya pada malam Israk Mikrajnya itu, maka Allah berkata pada Rasulullah S.A.W :
" Ya Muhammad ! Aku berikan engkau 3 macam ilmu "
*Satu ilmu untuk engkau dan ajarkan untuk seluruh umat manusia. Itulah ilmu zahir ( Syariat Zahir )
*Satu ilmu lagi untuk engkau dan pilihlah di antara sahabat engkau. Itulah ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ( Syariat Bathin )
*Dan yang satu lagi hanya khusus untuk engkau dan tidak boleh diberikan walau pada siapa jua pun. Itulah ia ilmu Hakikat Rahsia. ( antara kita dan Allah sahaja. Diharamkan menyatakan kepada sesiapa jua pun )
Kenapakah Allah aturkan sedemikian ?
Seperti bantahan orang-orang awam ! Sesungguhnya laut tidak sama dalam, pokok di hutan tidak sama tinggi, tanah tidak sama rata, begitu juga otak manusia, akal dan fikir ilmu orang Islam itu tidak sama kuatnya untuk menerima yang berat-berat dan pelik itu, ditakuti jadi gila sebab kualiti dan kuantitinya tidak sama.
Tidaklah ia berdosa kalau ditegah memasuki ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini kalau otaknya lembik ( otak beku ).
Tetapi bilamana otaknya tajam, cerdas, berakal, waras, maka pelajarilah terlebih dahulu ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu sifat 20, ilmu tahqiq, ilmu hakikat dan ilmu tasawuf.
Jika dengan mempelajari ilmu-ilmu tersebut ia tidak pitam, tidak pening lalat, tidak gila, maka bolehlah ia mempelajari ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi.
Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini amat halus, seni, dalam dan cukup tinggi fahamnya. Nyaris-nyaris tidak dapat diterima oleh akal manusia biasa, apatah lagi orang awam ini. Itulah ia amal para Rasul, para Nabi sejak dari Nabi Adam A.S, amal para Aulia, para ahli Sufi, ahli Ma'rifat, ahli Hakikat dan ahli Tarekat Tasawuf.
Ilmu alam ghaib yang berada di sebalik yang nyata ini disebut methapisica yang hanya dapat dikenal dengan Rasa ( Zuq-Wildan ) atau Zuq Musyahadah. Bukan dikenal dengan panca indra atau akal fikiran biasa seperti ilmu pengetahuan secara ilmiah.
Dan jika mereka ini beramal, jauh berbeza daripada amal-amal ahli zahir. Amal-amal ahli zahir adalah amal-amal ( Zikir Hasanah ) tanpa syarat dan khaifiat kerana mengharapkan pahala dan balasan syurga ( ghairullah ).
Tetapi ahlus Shufi lengkap dengan syarat-syarat dan khaifiatnya, beramal dan berzikir itu ( Zikir Darajah ) bukan mengharapkan pahala, bidadari, syurga dan segala isinya , tetapi mengharapkan Tuan yang Empunya Syurga itulah yang menjadi tujuannya dan begitu juga redha-Nya.
Itu sebablah semua ahli sufi itu menyesuaikan dirinya dengan doa yang berbunyi :
" Ya Allah !
Engkaulah maksud aku dan
redha Engkaulah yang aku cari.
Kurniakan aku ya Allah !
kasih sayang-Mu,
Ma'rifat-Mu,
Sentiasa berdamping dgn-Mu
Sentiasa memakai persalinan Sifat-Mu dan
Sentiasa bersama dgn-Mu di mana saja aku berada".
Bukan seperti ahli zahir yang belum kenal Allah, dia hanya bermaksud pahala, syurga dan menuntut bidadari sebagai upah penatnya meramal ibadat di dunia ini"

@ Sumber dari FB Syeikh Amdan Maulana

ADAB SEORANG SALIK KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

  ADAB SEORANG SALIK KEPADA ALLAH DAN RASULNYA Kunci Terbukanya (Futuh dan Ma'rifatullah) Pendahuluan : Perjalanan menuju Allah bukan se...