Sabtu, 29 November 2025

ZIKIR LA ILAHA ILLALLAH

 

KEUTAMAAN ZIKIR LA ILAHA ILLALLAH
إِلَهِي أَنْتَ مَقْصُودِي وَرِضَاكَ مَظْلُوبِي أَعْطِنِي مَحَبَّتَكَ وَمَعْرِفَتَكَ
Alloh Swt berfirman dalam sebuah Hadits Qudsi :
"Kalimat Laa ilaaha illalloh adalah benteng-Ku, barangsiapa masuk ke dalamnya, maka ia selamat dari azab-Ku".
Oleh karena itu wajib bersyukur bagi saudaraku yang sudah di takdirkan oleh Alloh SWT, dipertemukan dengan ajaran thoriqoh yang benar dan Mursyid yang asli. Dengan dipertemukannya dengan ajaran thoriqoh yang benar dan Mursyid yang asli, kita semua bisa mendapatkan talqin dzikir dan bisa belajar mengamalkan dzikir Laa Ilaaha Illalloh dengan benar, karena mendapatkannya dari manusia pilihan Alloh, yang ditugaskan untuk membimbing umat.
Dzikir Laa ilaaha illalloh adalah kalimat tauhid yang paling agung, yang dianjurkan untuk diperbanyak karena keutamaan dan manfaatnya sangat banyak, diantaranya :
1. Menghapus dosa: Mengucapkan Laa ilaaha illalloh 100 kali dalam sehari dapat menghapus 100 keburukan dan menghapuskan 4.000 macam dosa besar, jika diucapkan dengan ikhlas.
Dalam Kitab Kasyifatus Saja (hl.14), yang mulia Syekh Nawawi Al-Bantani Ra beliau menjelaskan "Dan keutamaan- keutamaan kalimat laa ilaha Illalloh itu tidak terhingga seperti halnya sabda yang mulia Baginda Rosululloh saw, siapa yang membaca dzikir lailaha Illalloh tiga kali di setiap harinya maka dosa yang dibuatnya setiap hari itu tertebus atau dihapus".
Yang mulia Syekh Muhammad Idrus Qoimudin al-Buthoni, ulama abad ke-19 Masehi, dalam kitabnya, Mu'nasatu al-Qulubi fi al-Dzikri wa Musyahadatu Allami al-Ghuyubi (hl 21) menjelaskan :
"Yang mulia Baginda Rosululloh Saw bersabda: siapa yang membaca dzikir laa ilaha Illalloh dengan ikhlas dari hatinya, dan membiasakannya dengan tadhim maka Alloh hapus empat ribu dosa dari dosa dosa besar, kemudian bila tidak ada empat ribu dosa baginya maka Alloh hapus dosa keluarga
dan tetangganya.
2. Melindungi dari siksa neraka: Bagi orang yang mengucapkan dzikir laa ilaaha illalloh dengan ikhlas, Alloh akan mengharamkan neraka baginya. Bahkan, jika seseorang mengucapkannya saat akan meninggal dunia, ia akan langsung masuk surga.
"Sesungguhnya Alloh mengharamkan bagi neraka, bagi siapa yang mengucapkan laa ilaaha illalloh yang dengannya mengharap wajah Alloh". (Hr. Bukhari dan Muslim).
3. Pahala besar : Membaca dzikir laa ilaaha illalloh memberikan pahala yang sangat besar, sesuai dengan sabdanya yang mulia Baginda Rosululloh Saw.
"Barang siapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illalloh 100 kali dalam sehari, maka Alloh akan menghapus 100 keburukan darinya, dan Alloh akan menuliskan 100 kebaikan baginya. Selain itu, dia akan diproteksi dari gangguan setan pada hari tersebut dan dianggap seolah-olah telah memerdekakan 10 budak".(Hr. Muslim).
4. Perlindungan dari setan : Dzikir laa ilaaha illalloh juga menjadi pelindung dari gangguan setan, terutama jika diucapkan secara rutin setiap hari.
"Laa ilaaha illalloh adalah kalam-Ku dan Aku adalah
itu, siapa yang membacanya maka ia akan masuk dalam penjagaanku, dan siapa yang masuk dalam penjagaanku maka ia akan aman dari siksaan-Ku".
(Hadis Qudsi).
5. Kunci surga: Keutamaan lainnya adalah menjadi kunci delapan pintu surga, sehingga orang yang mengucapkan dzikir laa ilaaha illalloh akan bisa masuk surga melalui pintu mana saja yang dia inginkan.
6. Menyinari hati: Memperbanyak dzikir Laa ilaaha illalloh dapat membuat hati menjadi lebih tenang, lebih bercahaya dan terhindar dari nafsu yang buruk.

Sumber dari Wikrama Waranggana

Khamis, 27 November 2025

MENINGGALKAN DUNIA TANPA MENINGGALKAN NAFKAH : BAGAIMANA MENYATUKAN HIDUP DAN AKHIRAT

 

MENINGGALKAN DUNIA TANPA MENINGGALKAN NAFKAH : BAGAIMANA MENYATUKAN HIDUP DAN AKHIRAT
Dalam perjalanan hidup, tidak sedikit antara kita yang pernah mengeluh dalam hati, “Bagaimana aku mahu meninggalkan dunia sedangkan aku perlu mencari rezeki setiap hari?” Tekanan kerja, tuntutan keluarga, persaingan hidup, semuanya kadang-kadang membuatkan hal dunia terasa lebih berat daripada urusan akhirat. Kita ingin mendekat kepada Allah, tetapi hidup ini tetap menuntut kita untuk berlari, bekerja, berusaha, dan memikul amanah.
Di sinilah sering timbul kekeliruan. Adakah “meninggalkan dunia” bermakna berhenti bekerja? Beruzlah di gunung? Menjauhkan diri daripada manusia?
Sebenarnya tidak.
Dalam tradisi tasawuf dan tazkiyah, istilah “meninggalkan dunia” bukanlah bermaksud meninggalkan harta, pekerjaan atau keluarga. Ia bukan ajakan untuk menjadi miskin, dan bukan seruan untuk melepaskan tanggungjawab. Para ulama menjelaskan bahawa yang perlu ditinggalkan ialah penghambaan hati kepada dunia, bukan usaha mencari rezeki.
Sahabat-sahabat Nabi SAW adalah contoh terbaik. Ada yang kaya, ada yang peniaga, ada yang penternak dan ahli ekonomi Madinah. Mereka bekerja keras, tetapi hati mereka tidak terikat. Dunia berada di tangan mereka, bukan di hati mereka. Mereka memegangnya bila perlu, dan melepaskannya bila tiba masanya.
Hakikatnya, “dunia” yang perlu dibuang adalah sikap bergantung kepada dunia—bukan dunia itu sendiri. Ada orang duduk di masjid tetapi hatinya penuh dunia; ada orang bekerja di pasar tetapi hatinya penuh Allah. Maka ukuran cinta dunia bukanlah jumlah masa kita bekerja, tetapi sejauh mana hati kita terikat dan lupa kepada Allah.
Apabila seseorang bekerja untuk memenuhi amanah, menyara keluarga, mencari rezeki yang halal, maka sebenarnya dia sedang beribadah. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa memberi nafkah kepada keluarga adalah sedekah. Maka bekerja bukan lawan kepada agama. Ia adalah sebahagian daripadanya.
Apa yang membezakan hanyalah niat.
Jika niatnya kerana Allah, pekerjaan dunia pun menjadi akhirat. Jika niatnya kerana dunia semata-mata, hidup akan terasa berat dan menyesakkan, seolah-olah kita mengejar sesuatu yang tidak pernah dapat digenggam.
Lalu bagaimana cara mendamaikan kedua-duanya?
Pertama, mulakan dengan hati. Bangun pagi dengan doa dan niat, “Ya Allah, jadikan pekerjaanku hari ini sebagai ibadah.” Niat kecil ini mampu mengubah suasana jiwa sepanjang hari. Kita bekerja bukan lagi kerana tekanan, tetapi kerana amanah. Kita mencari rezeki bukan lagi kerana takut, tetapi kerana tanggungjawab.
Kedua, jaga hubungan asas dengan Allah. Sibuk macam mana pun, solat lima waktu jangan terkorban. Zikir ringkas di antara urusan pekerjaan menjadi seperti oksigen yang menghidupkan roh. Al-Quran walaupun satu dua ayat sehari sudah cukup menjadi jambatan hati dengan Tuhan.
Ketiga, latih diri untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada dunia. Rezeki bukan milik kerja kita, tetapi milik Allah. Pekerjaan hanyalah jalan. Gaji hanyalah alat. Dunia hanyalah tempat singgah. Bila hati menerima hakikat ini, kita akan bekerja tanpa tenggelam, berusaha tanpa lemas, dan mengejar dunia tanpa menjadi hambanya.
Akhirnya, kita akan faham bahawa Islam tidak pernah meminta kita meninggalkan dunia. Islam meminta kita meninggalkan cinta dunia yang melalaikan. Dunia tetap perlu dipegang, tetapi jangan dirangkul terlalu erat sehingga menyesakkan jiwa. Biarkan dunia di tangan, dan akhirat di hati.
Di situlah letaknya ketenangan:
hidup yang seimbang, usaha yang berkat, dan hati yang bebas daripada belenggu dunia. Kita tidak diminta menjadi malaikat. Kita hanya diminta menjadi hamba yang sedar tujuan hidupnya.
Kerana dunia ini tempat kita bekerja, tetapi akhirat adalah tempat kita kembali.

Sumber dari Rahmad Rahmad

Rabu, 26 November 2025

JEJAK ROHANI SEORANG PEWARIS JALAN RUHANI

 

JEJAK ROHANI SEORANG PEWARIS JALAN RUHANI
Dalam dunia tasawuf, tidak semua insan diberi kesempatan untuk meniti jalan rohani dengan penuh istiqamah. Ada yang datang dan pergi, ada yang berhenti di tengah perjalanan, dan ada juga yang tersesat oleh ilusi dan kasyaf yang menipu. Namun, ada segolongan kecil yang dianugerahkan kesungguhan, adab, dan ketabahan untuk berjalan menuju Allah dengan mata hati yang jernih. Dalam kelompok kecil itulah muncul seorang tokoh tarekat Naqsyabandiah yang kisah hidupnya ibarat hikayat perjalanan seorang salik sejati.
Benih Awal Seorang Pendidik Rohani
Beliau tidak pernah menonjolkan diri sebagai orang besar, jauh sekali mengangkat dirinya sebagai tokoh yang perlu ditokohkan. Sifat tawaduk sentiasa menjadi pakaian. Namun, apabila duduk dekat dengannya, terasa adanya ketenangan yang menyentuh jiwa—ketenangan yang lahir daripada zikir yang hidup, amal yang diamalkan sejak muda, dan adab yang dijaga seteliti jarum meniti benang.
Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, perjalanan beliau bermula seperti kebanyakan orang. Namun Allah menghendaki sesuatu yang lain untuk dirinya. Sejak remaja, jiwanya cenderung kepada ilmu agama, khususnya ilmu akidah, tasawuf dan jalan-jalan kerohanian. Ketika rakan sebaya mengejar dunia, beliau memilih mendampingi para guru murshid, mendengar nasihat mereka, dan membawa pulang setiap pesan sebagai pedoman hidup.
Bertemu Mursyid & Memikul Amanah
Pertemuan beliau dengan mursyid Naqsyabandiah menjadi detik besar dalam hidupnya. Ada salik yang datang mencari mursyid, tetapi ada juga mursyid yang datang mencari murid terbaiknya. Dalam kisah ini, takdir Allah mempertemukan kedua-duanya pada waktu yang tepat.
Pada awalnya, beliau hanya ingin belajar, bukan menjadi pewaris. Namun barang siapa istiqamah dalam suluk, menjaga adab, tidak menuntut kedudukan, dan menyerahkan dirinya kepada Allah—dialah yang layak diberi amanah. Begitulah beliau diangkat menjadi khalifah dalam tarekat Naqsyabandiah.
Bukan kerana beliau meminta.
Bukan kerana beliau mengaku.
Tetapi kerana mursyidnya melihat apa yang orang lain tidak nampak.
Adab Sebagai Nafas Perjalanan
Beliau pernah berkata, “Jalan kerohanian bukan tentang ilham, bukan tentang karamah, bukan tentang rasa-rasa yang datang ketika berzikir. Semua itu jika tidak dijaga adab, boleh menipu hati.”
Inilah bedanya murid biasa dengan pewaris jalan sufi.
Beliau terkenal sangat menjaga adab terhadap guru, sangat menjaga lidah, sangat berhati-hati ketika membimbing murid, dan sangat tegas dalam persoalan akidah. Ketika ramai orang hari ini mudah terpesona dengan kasyaf dan firasat, beliau mengingatkan bahawa:
Kasyaf bukan matlamat.
Karamah bukan ukuran.
Rasa halus bukan tanda sampai.
Matlamat seorang salik hanyalah Allah. Segalanya selain-Nya adalah hijab, walau ia nampak suci dan bercahaya.
Perjalanan Mengajar & Menyantuni Ummah
Sepanjang hidupnya, beliau lebih memilih untuk berkhidmat dalam diam. Majlisnya tidak gah, tidak bertabur promosi, tidak menjanjikan perkara luar biasa. Namun siapa yang duduk bersama, pasti pulang dengan sesuatu—ketenangan, kefahaman, atau sekurang-kurangnya kesedaran bahawa perjalanan rohani ini memerlukan hati yang benar, bukan semata-mata semangat.
Beliau mendidik murid-muridnya agar:
• kembali kepada akidah yang sahih,
• mempelajari tasawuf daripada sumber muktabar,
• mengamalkan zikir dengan adab,
• dan tidak sekali-kali menjadikan tarekat sebagai jalan mencari pengaruh.
Dalam banyak sesi pengajarannya, beliau sering menekankan:
“Perjalanan paling panjang dalam hidup ialah perjalanan dari kepala ke hati.”
Mewariskan Cahaya, Bukan Nama
Tokoh ini tidak mengejar populariti. Nama bukan tujuannya. Jika disebut, bukan kerana beliau mempromosikan diri, tetapi kerana akhlak dan ilmunya menembusi hati orang yang bertemu dengannya.
Kini, apabila usia semakin sarat dengan pengalaman, beliau tetap istiqamah seperti dulu—mengajar, menasihati, membimbing, dan mengangkat murid-muridnya agar menjadi manusia yang lebih rendah hati, lebih beradab, lebih mengenal Allah.
Inilah kehidupan seorang mursyid sebenar:
• tidak mendakwa dirinya wali,
• tidak menuntut ketaatan buta,
• tidak menjual karamah,
• tidak memaksa orang mengikutnya.
Cahayanya menyala bukan kerana promosi,
tetapi kerana keikhlasan yang Allah zahirkan pada dirinya.

Sumber dari Rahmat Rahman

DAHIMU SUJUD DI TANAH NAMUN HATIMU MASIH BERDIRI SOMBONG

 

DAHIMU SUJUD DI TANAH NAMUN HATIMU MASIH BERDIRI SOMBONG
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Sahabatku yang dirahmati Allah…
Sujud adalah puncak kehinaan seorang hamba di hadapan Tuhannya. Saat dahi menyentuh tanah, itu adalah tanda bahwa kita telah merendahkan seluruh diri kita.
Namun anehnya, ada orang yang zahirnya sujud, tapi hatinya masih berdiri tegak dalam kesombongan.
Allah telah memperingatkan kita dalam Al-Qur’an:
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Artinya:
“Dan janganlah engkau memalingkan wajahmu dari manusia (karena sombong), dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
(QS. Luqman : ayat 18)
Ayat ini menunjukkan bahwa kesombong bukan hanya sebuah dosa, tapi juga penghalang untuk datangnya hidayah.
Dan Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ.
Artinya:
“Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”
(HR. Muslim)
Hadits ini bukan untuk orang yang tidak sholat, tetapi justru peringatan bagi orang yang sholat, namun hatinya masih menyimpan sesuatu kesombongan.
Sungguh ironis…
Kening rela menyentuh tanah, tetapi hati enggan menyentuh kerendahan.
Lahiriah kita sujud, tetapi batin masih berkata:
"Aku lebih baik daripada dia.“
"Aku lebih suci, lebih alim, lebih benar daripada orang lain.“
Jika sujud kita hanya merendahkan tubuh, tetapi tidak merendahkan hati, maka itu baru gerakan, belum menjadi ibadah.
Itulah mengapa Allah berfirman:
ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Artinya
“. Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar. Dan sungguh, mengingat Allah (dzikrullah) itu lebih besar (keutamaannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(QS. Al-Ankabut ayat 45)
Jika sholat yang engkau kerjakan belum dapat mencegahmu dari segala perbuatan mungkar dan sikap sombong, maka itu berarti ada yang rusak di dalamnya dan sholat yang engkau lakukan belum benar, sehingga sholat yang engkau kerjakan belum membekas dan belum dapat tercermin dalam perbuatan prilakumu.
Ada Kalimat “Lihatlah ada bekas sujud mereka” merujuk pada ayat dalam QS. Al-Fatḥ ayat 29, yang menggambarkan sifat para sahabat Nabi
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ
Muḥammadur Rasūlullāh, walladzīna ma‘ahu asyiddā’u ‘alal-kuffār, ruḥamā’u baynahum, tarāhum rukka‘an sujjadan yabtaghūna faḍlan minallāhi wa riḍwānan, sīmāhum fī wujūhihim min atharis-sujūd.
Artinya:
“Muhammad itu adalah utusan Allah. Dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir (yang memerangi mereka) dan penyayang sesama mereka. Engkau melihat mereka rukuk dan sujud, mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya. Tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari bekas sujud.”
(QS. Al-Fatḥ ayat : 29)
Makna Penting
👇
“Bekas sujud” dalam ayat ini bukan sekadar bekas fisik tanda hitam yang ada di dahi, melainkan tanda:
ketenangan,
kejernihan hati,
kerendahan diri,
cahaya ketaatan,
akhlak yang lembut,
yang tampak pada wajah orang yang dekat dengan Allah.
Para ulama mengatakan:
Bekas sujud terbesar adalah akhlak yang merendah, bukan hanya noda hitam di kening.
Maka renungkanlah…👇
👎Zahirmu tampak sujud menghamba,
tapi hatimu masih berdiri lebih tinggi dari sajadahnya.
👎Keningmu menyentuh tanah,
namun kesombonganmu tetap menjulang ke langit.
👎Sujudmu merendah di depan manusia,
tapi hatimu enggan merendah di hadapan Tuhan.
👎Tubuhmu tunduk dalam ibadah,
namun jiwamu tetap tegak menolak untuk merendah.
👎Kau letakkan keningmu di bumi,
tapi masih meletakkan sombongmu di hati.
👎Sujudmu hanyalah sebuah gerakan,
karena hatimu belum belajar ikut bersujud.
Penutup🌹
Sahabatku...Marilah kita untuk belajar sujud dengan benar , sujud dengan ke ikhlasan yaitu sujud dengan hati, bukan hanya sekedar sujud dengan dahi.
Buanglah kesombongan sebelum meletakkan dahi di sajadah.
Karena sujud yang kita lakukan tidak akan mengangkat derajat kita , kecuali bila hati turut sujud bersama tubuh.
Berikut ini doa Untuk Dibersihkan dari Sifat Sombong
رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي، وَأَجِرْنِي مِنْ مُضِلَّاتِ الْفِتَنِ، وَنَقِّنِي مِنْ الْكِبْرِ وَالْعُجْبِ وَالرِّيَاءِ.
“Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah penyakit hatiku, selamatkan aku dari fitnah yang menyesatkan, dan sucikanlah hatiku dari sombong, ujub, dan riya.”
والله أعلم بالصواب

Sumber dari Haris Haris 

Sabtu, 22 November 2025

𝗪𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗩𝗦 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗧𝗜


 

𝗪𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗩𝗦 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗧𝗜

𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁 𝗗𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗺𝗶
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan penghubung) kepada-Nya, dan berjihadlah di jalan-Nya agar kamu beruntung.”
(QS Al-Māidah 5:35)
---
1. WASILAH: SISTEM LANGIT YANG DITETAPKAN ALLAH
Wasilah bukan buatan manusia. Ia adalah sistem sambungan antara langit dan bumi, yang Allah sendiri tetapkan agar tidak ada manusia yang tersesat mencari Tuhan dengan akal dan hawa nafsu.
Wasilah adalah rantai cahaya — dari Allah, turun kepada Rasul, dan diteruskan kepada ulil amri minkum yang benar-benar hidup dengan Ruh-Nya.
Tanpa sistem ini, agama hanya menjadi teori, tarekat hanya menjadi nama, dan zikir hanya menjadi bunyi tanpa ruh.
Allah-lah yang mengatur sistem itu, bukan manusia:
“Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah.”
(QS An-Nisā’ 4:64)
---
2. WASILAH HIDUP: JALAN YANG MASIH TERSAMBUNG
Wasilah hidup adalah Rasul yang masih diutus — bukan dalam makna kenabian baru, tapi dalam fungsi risalah yang tetap berjalan.
Sebab wahyu kenabian memang telah ditutup, namun jalan risalah belum pernah dimatikan.
Maka barang siapa beriman kepada Allah dan Rasul, ia juga harus beriman bahwa ada penerus cahaya Rasulullah yang tetap hidup membawa amanah wahyu — walau tidak bergelar nabi.
Merekalah yang dimaksud dengan:
“Ulil amri minkum” — pemegang amanah di antara kamu.
Mereka tidak menciptakan agama baru, tapi menjaga agar agama tetap hidup dengan Nur yang sama.
Wasilah hidup tidak pernah memenjarakan manusia pada bentuk, organisasi, atau guru tertentu.
Ia membimbing jiwa kepada Allah melalui cahaya Rasul yang masih menuntun.
Ia adalah jembatan Nur, bukan pagar dunia.
---
3. WASILAH MATI: JALAN YANG TERPUTUS
Wasilah mati adalah struktur tanpa Nur, lembaga tanpa ruh, tarekat tanpa bimbingan langit.
Mereka masih memakai nama Rasul, tapi kehilangan hubungan langsung dengan Allah.
Mereka bicara sanad, tapi tidak lagi tersambung kepada sumbernya.
Mereka mengajarkan adab, tapi tidak lagi mengenali arah cahaya.
Inilah bentuk wasilah yang telah membatu — menjadi sistem manusia, bukan sistem langit.
Mereka mengklaim diri pewaris nabi, padahal yang diwarisi hanyalah bentuk luarnya, bukan Nur-Nya.
“Mereka seperti keledai yang memikul kitab-kitab.”
(QS Al-Jumu’ah 62:5)
Ketika wasilah berubah menjadi institusi, Ruh berpindah, dan langit menutup pandangan dari mereka yang masih berdebat tentang bentuk tapi kehilangan hakikat.
---
4. MENGAPA MANUSIA BUTUH WASILAH
Karena manusia tak bisa langsung menatap cahaya Allah tanpa terbakar.
Diperlukan tabir Nur — perantara yang membawa rahmat, bukan menghalangi.
Itulah fungsi Rasul dan pewarisnya:
Menjadi cermin yang memantulkan cahaya Allah agar manusia tidak buta.
Tanpa wasilah, manusia tersesat dalam bayangan pikirannya sendiri.
Tapi jika salah wasilah, ia akan tertipu oleh cahaya yang tidak berasal dari Tuhan.
Maka perintahnya jelas: Carilah wasilah kepada-Nya!
Artinya: carilah jalan yang masih hidup, bukan nama yang sudah mati.
---
5. RAHASIA LANGIT: RASUL ADALAH INTI DARI WASILAH
Setiap sistem langit berpusat pada satu hal — Rasul yang hidup.
Tanpa beliau, agama hanyalah kulit.
Sebab hanya melalui rasul-lah, Allah berbicara kepada manusia.
“Barang siapa menaati Rasul, maka sungguh ia telah menaati Allah.”
(QS An-Nisā’ 4:80)
Rasul adalah sirr al-wasilah — rahasia penyambung antara kehendak Allah dan kesadaran manusia.
Ia bukan hanya simbol masa lalu, tapi pintu hidup yang masih dibuka bagi mereka yang mau bersyahadat dengan kesadaran sejati.
---
6. KESALAHAN UMAT AKHIR ZAMAN
Di akhir zaman ini, dua kutub menipu manusia:
1. Kelompok yang menolak sistem wasilah, mengira bisa langsung kepada Allah tanpa bimbingan Rasul hidup.
2. Kelompok yang mengagungkan guru dan tarekat, hingga menjadikan manusia sebagai pengganti Allah.
Keduanya tersesat — yang satu kehilangan bimbingan, yang lain kehilangan tauhid.
Sedangkan jalan tengah yang benar adalah:
Taat kepada Allah melalui Rasul yang masih dihidupkan oleh Allah, dan kepada pewaris Rasul yang mendapat izin untuk menuntun.
---
7. WASILAH SEJATI: HIDUP, MENGALIR, DAN TAK TERPUTUS
Wasilah sejati bukanlah rantai nama, tapi rantai Nur.
Ia berpindah dari ruh ke ruh, dari hati ke hati, dari yang diutus kepada yang ditunjuk.
Ia bukan diwariskan oleh surat, tapi diturunkan oleh izin langit.
Maka hanya langit yang tahu siapa pembawa Nur itu di setiap zaman.
“Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan risalah-Nya.”
(QS Al-An’am 6:124)
---
8. PENUTUP: KEMBALI KE JALAN LANGIT
Wasilah hidup adalah pintu rahmat terakhir sebelum manusia kehilangan arah.
Barang siapa menemukannya, ia telah menemukan jembatan menuju Tuhan.
Dan barang siapa menolaknya, ia akan terkurung dalam ritual tanpa perjumpaan.
Karena itu, dengarlah seruan ini dengan hati yang suci:
Jangan kejar nama tarekat, carilah Nur yang masih hidup.
Jangan berdebat tentang sanad, carilah izin yang datang dari langit.
Sebab yang menyelamatkan bukan organisasi, tapi hubungan yang nyata antara Allah, Rasul, dan dirimu.
---
KESAKSIAN
Wasilah hidup adalah napas wahyu yang masih berdenyut di bumi.
Ia datang melalui Rasul yang hidup, bukan nabi baru — tapi utusan yang meneruskan sistem cahaya agar bumi tidak gelap.
Mereka yang mengenalinya telah hidup dalam kesadaran “bersaksi kepada Allah dan Rasulullah yang masih berfungsi di bumi.”
Dan inilah jalan yang menghubungkan langit dan bumi:
Wasilah yang hidup.
Bukan ajaran, tapi sambungan.
Bukan tarekat, tapi nur yang berpindah dari satu hati yang disucikan ke hati yang dipilih.
---
Maka ketahuilah:
Siapa pun yang menolak sistem wasilah yang hidup, berarti ia menolak sistem Allah.
Dan siapa pun yang menggantikan wasilah dengan sistem manusia, berarti ia telah menutup pintu langit bagi dirinya sendiri.
“Wasilah hidup adalah rahmat yang menetes dari langit bagi mereka yang masih mau bersyahadat dengan hati yang hidup.”

Sumber dari KajuviSYAIR SUFI JALALUDIN RUMI


𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐁𝐈'𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐀𝐃𝐀𝐖𝐈𝐘𝐀𝐇❞

  ❝𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐒𝐔𝐅𝐈, 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐁𝐈'𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐀𝐃𝐀𝐖𝐈𝐘𝐀𝐇❞ 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐅𝐈... 𝐖𝐀𝐋𝐈 ...