Ahad, 9 Jun 2024

PANTUN MENUJU AKHIRAT*

 

PANTUN MENUJU AKHIRAT*
“Janganlah sampai engkau Menjual Akhiratmu hanya untuk mendapatkan Kenikmatan Duniawi Tipu Daya yang sementara ini...”
Rasulullah SAW bersabda :
"Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua Kenikmatan iaitu Kematian."
(HR. at-Tirmizi)
Jadikan Taqwa sebagai Jalan,
Dalam hidup sepanjang zaman,
Taat dan Patuh pada Kebenaran,
Selama Al-Qur'an sebagai Pedoman.
Sunnah Nabi dipegang Teguh,
Jalan Khulafa diikut penuh,
Mesti waspada Dakyah Musuh,
Segala Kebatilan ditolak sungguh.
Dunia luar datang Mengepung,
Dunia Islam kita Terkurung,
Ibarat buih hanyut Terapung,
Dipukul ombak besar Menggulung.
Jangan biar umat Binasa,
Mungkar Maksiat Bermaharajalela,
Kita semua pasti Merasa,
Akibat buruk datang Menimpa.
Ilmu Agama beransur Hilang,
Para Ulama Haq kian berkurang,
Ilmu Dunia semakin Cemerlang,
Jadi tumpuan setiap orang.
Bekalkan diri Ilmu Akhirat,
Untuk laksana Amal Ibadat,
Tuntutlah Ilmu sebelum diangkat,
Negeri Akhirat Pasti Selamat.
Langkah Yahudi diturut jangan,
Umat Yahudi Dimurka Tuhan,
Jalan Nasrani jangan diikutkan,
Sebab Menyekutukan Tuhan.
Kenapa kita mesti melutut,
Umat Nasrani Sesat dijalan,
Kepada bangsa bersifat Taghut,
Amal dibuat tanpa Pedoman.
Al-Qur'an itu Kalam ILAHI,
Pedoman Hidup Kekal Abadi,
Hadith Junjungan jangan Dinafi,
Tempat kedua Pedoman Suci.
Ulama Salaf jadi ikutan,
Banyak mengarang berbagai Sunan,
Jadikan ia sebagai Jalan,
Janganlah sesekali kita Abaikan.
Setiap zaman dan juga tempat,
Akan wujud Pembela Umat,
Penyebar Ilmu pembawa Rahmat,
Tetap Berjaya tidak tersekat.
Kepada ALLAH Syukur dipanjat,
Memilih kita sebaik-baik umat,
Penyebar Ilmu pembawa Rahmat,
Membawa kehidupan yang Berkat.
Umat dahulu banyak Penyakit,
Usah diikut jalan mereka,
Kerana Mewah banyak berduit,
Kelak berkumpul dalam Neraka.
Harta disimpan berderet-deret,
Hingga lupa pada Akhirat,
Akhirnya hidup himpit menghimpit,
Hidup Menyesal sampai melarat.
Nasib Al-Ghuraba' di Akhir Zaman,
Kembali Asing dari Pandangan,
Ramailah orang sudah Lalaikan,
Rukun Islam dan Rukun Iman.
Hendak kemana arah Tujuan,
Bila Agama sudah Dilupakan,
Marilah kita cuba Hidupkan,
Syariat Tuhan Sunnah Junjungan.
Cubalah lihat Para Sahabat,
Cubalah lihat pada dirimu,
Mereka tidak tinggal sesaat,
Sedangkan kita Lalai selalu.
Walaupun hidup susah Melarat,
Hanya ALLAH tempat Mengadu,
Cinta dengan Alam Akhirat,
Sebab dunia hanyalah Debu.
Bila Harta menjadi Idaman,
Wang dianggap sebagai tuhan,
Hilang Malu dan Rasa Segan,
Meminta Rasuah jadi Amalan.
Ketika itu runtuhlah Akhlak,
Ditambah pula Rakus dan Tamak,
Cantas mencantas salak menyalak,
Bagaikan Anjing didalam semak.
Sifat Amanah akan hilang,
Dari kalangan orang terbilang,
Tipu Menipu tiadalah sumbang,
Nasib dunia bertambah Malang.
Waktu eloknya bila dilihat,
Zahirnya cantik berkilat-kilat,
Hatinya Curang lidahnya berlipat,
Sifat Amanah telah diangkat.
Hujan berkurang cuaca makin panas,
Makin bertambah pelaku Ganas,
Budaya Tangguh dan juga Malas,
Perkara yang Haram sanggup Digalas.
Anak Derhaka menjadi-jadi,
Alim Ulama tidak Dihormati,
Didikan Islam tidak diberi,
Takzim dan Taat tidak diminati.
Anak tiada Mengenang Budi,
Banyak sekali tempat Maksiat,
Ibu bapa dibuat Abdi,
Tanda punca Keruntuhan Umat.
Hendaklah kita berhati-hati,
Dalam mencari Nafkah dan Rezeki,
Jangan terlalu turut kehendak isteri,
Takut nanti membawa Binasa Diri.
Anak di didik Akhlak diberi,
Dengan Tarbiyah Agama Suci,
Dari buaian hingga ke Mati,
Terus menerus tidak Berhenti.
Jangan abaikan Nasihat ini,
Nanti kau Sesal kemudian hari,
Betapa banyak Azab diberi,
Kerana turutkan Nafsu isteri.
Dua golongan pasti Diseksa,
Jadi penghuni setia Neraka,
Golongan Zalim serta Penganiaya,
Tidak kesian Rakyat Jelata.
Kaum wanita Aurat dibuka,
Berlenggang lenggok dijalan raya,
Sanggol di lilit bagai Mahkota,
Tidak mencuim Semerbak Syurga.
Begitu juga dengan lelaki,
Bangga mendedah Aib Diri,
Dikhalayak awam tanpa peri,
Kelak Diamnya didalam Api.
Galian bumi muncul tercurah,
Kurnia Tuhan Yang Maha Pemurah,
Hendaklah Syukur moga ditambah,
Sifat Kuffur mestilah Dicegah.
Dunia Islam tambang melimpah,
Galian Emas, Petrol dan Timah,
Namun mengapa Harta diserah,
Kepada Kafir Pemusnah Ummah.
Tanah yang tandus menjadi Subur,
Kurnia Tuhan Malikul Ghafur,
Air dipancut taman diatur,
Sehingga lupa Alam Kubur.
Padang Arafah bagaikan Taman,
Pohon tumbuh bagaikan hutan,
Sejuk dipandang sangat menawan,
Padang Mahsyar bakal dilupakan.
Ramai orang tidak mengira,
Dari mana berolah Harta,
Halal dan Haram tidak dibeza,
Asalkan cepat menjadi Kaya.
Memang Nafsu sudah mengatur,
Cinta Dunia sukar dilebur,
Jangan biarkan Hatimu kotor,
Nanti Diseksa di Alam Kubur.
Ramailah orang berlumba-lumba,
Untuk mendapat Faedah dan Riba,
Saham Dilabur disegenap Bursa,
Tiadalah takut Tuhan Murka.
Bukankah sudah diberitahu,
Mereka akan menjadi Seteru,
Kepada Allah Yang Maha SATU,
Sehingga sanggup bantu membantu.
Khamar diminum dibanyak kedai,
Jadi biasa dikalangan handai,
Banyak terlibat si Cerdik Pandai,
IMAN didada sanggup Digadai.
Alunan musik ikut sertakan,
Para biduan sama nyanyikan,
Menari-nari lupa daratan,
Bagaikan kera terkena belacan.
Sedikit Ilmu banyak yang Jahil,
Akibat Zina banyak yang Hamil,
Banyak terjadi perkara Ganjil,
Seperti ikan terkena Mata Kail.
Jumlah lelaki kian sedikit,
Wanita ramai berhimpit-himpit,
Wanita berkerja mencari duit,
Peluang lelaki menjadi sempit.
Jumlah lelaki menjadi sedikit,
Akibat Perang dan juga Bencana,
Yang tinggal pula banyak terbalik,
Sebab Cintakan sesama jantina.
Golongan wanita makin bertambah,
Sehingga penuh disegenap ranah,
Sehingga ada yang sanggup Meredah,
Asal ada yang sanggup Berserah.
Hamba berlagak sebagai tuan,
Disana sini naik bangunan,
Sungguh tinggi menggapai awan,
Seolah-olah mencabar Kuasa Tuhan.
Badwi yang Miskin Kaya mengejut,
Baru kemarin tidak berkasut,
Harta dipegang tiadalah luput,
Walaupun Kaya tetap Kedekut.
Bersungguh kita menjaga IMAN,
Banyak cabaran di AKHIR ZAMAN,
IMAN ibarat Api Ditangan,
Setiap masa mahu Dilepaskan.
Ujian berat kita Rasakan,
Datang menimpa menjadi Beban,
Alangkah hebat Godaan Syaitan,
Untuk meruntuh ISTANA IMAN.
Orang Khianat disanjung-sanjung,
Orang Amanah tidak Didukung,
Pemimpin Zalim bunga dikalung,
Mujahid Islam ke Tali Gantung.
Bangkitlah wahai Pewaris Nabi,
Jangan dibiarkan umat Dikeji,
Teruskan Jihad ke Jalan Suci,
sebar luaskan Rahmat ILAHI.
Dari Timur sampai ke Barat,
Perang terjadi makinlah hebat,
Tiada kasihan mata melihat,
Bergelimpangan menjadi Mayat.
Harta Dunia menjadi Rebutan,
Darah Ditumpah sebagai Tebusan,
Tidak peduli Kawan dan Lawan,
Asalkan mendapat Harta Rampasan.
Waktu yang panjang terasa singkat,
Amal Ibadat belum dibuat,
Bulan berlalu hari dan saat,
Tanda Dunia Hampir Kiamat.
Kenapa kita selalu Lalai,
Waktu dibuang tidak Dipakai,
Masalah umat berbagai-bagai,
Tangungjawab kita belum Selesai.
Ujian dahsyat terhadap IMAN,
Hampir menggegar asas Pegangan,
Dipagi petang kiri dan kanan,
IMAN didada dilepas jangan.
Jangan dijual Agama Suci,
Walau Harga Mahal sekali,
Simpanlah ia di Sanubari,
Untuk Persiapan Menuju Mati.
Ketika dunia dilanda Perang,
Kacau bilau tidak terbilang,
Walaupun engkau hanya seorang,
Amal Ibadat dikurang jangan.
Ketika itu amat Berharga,
Kebaikan Ibadat berlipat ganda,
Bagaikan kita Hijrah namanya,
Bersama Nabi didalam Derita.
Lama menanti berdiri tegak,
Mereka saling tolak menolak,
Tidak kunjung tiba orang yang Wara',
Menjadi Imam pada yang Layak.
Inilah Taqsir buat semua,
Pondok dihapus tidak Dibela,
Kitab Suci disimpan tidak Dibaca,
Hanya hiasan di almari kaca.
Para Ulama dilekeh umat,
Nasib mereka tidak Diangkat,
Siapa lagi Peringatan buat umat,
Kalau mereka tidak di Hormat.
Bila Ulama sudah tiada,
Barulah kita rasa kecewa,
Mayat terbujur dalam Keranda,
Menyesal Sudah Terlambat.
Nasib Islam di Akhir Zaman,
Cuma Nama tanpa Amalan,
Al-Qur'an dibaca untuk Pertandingan,
Suruh Tegahnya tidak Dihiraukan.
Ada Ulama mencari Dunia,
Bermacam Fatwa mudah Dibaca,
Asalkan dapat Wang dan Harta,
Hukum Hakam Direka-reka.
Hampir Kiamat Islam Mundur,
Bagaikan kain yang sudah Luntur,
Al-Qur'an hilang tidak Ditutur,
Ilmu diangkat beransur-ansur.
Solat sudah tidak difaham,
ILMU HAKIKAT tidak Didalam,
Terlalu Jahilkan Hukum Islam,
Hingga SYAHADAH tidak Difaham.
Banyak Maksiat orang lakukan,
Balakan turun sebagai Seksaan,
Angin yang merah ALLAH tiupkan,
Gempa dahsyat serta Menggemparkan.
Sudahlah diri teruk sekali,
Kenapa pula orang Dicaci,
Sahabat Nabi pula Dimaki,
Itulah Perangai orang yang Keji.
Harta negara jadi Habuan,
Bagi siapa pegang Jawatan,
Wang Amanah Diperniagakan,
Asalkan saja dapat Keuntungan.
Anak Derhaka tidak Terbilang,
Awan dibakti Ibu Dibuang,
Hukum Zakat laksana Hutang,
Hawa Nafsu isteri tidak Dihalang.
Orang yang hina suka Ditabal,
Orang Dimuliakan kerana Nakal,
Suruhan Ayah terus Ditinggal,
Duduk dalam Masjid suka Berbual.
Maruah negara sebagai Taruhan,
Harta negara jadi Milikan,
Arak diminum tiadalah Sopan,
Kain Sutera menjadi pakaian.
Lima Maksiat dibalas segera,
Dalam dunia sebagai Dera,
Marilah Insan Insaf dan Taat,
Sentiasa Sedar Diri dan Taubat.
Syariat ALLAH pasti Ditegakkan,
Pedoman Hidup jangan Diabaikan,
Cuai dan Taqsir mengakibatkan,
Perang Saudara yang Merugikan.
Bila urusan telah Diserahkan,
Pada orang yang bukan Petah,
Maka tunggulah Hancur dan Punah,
Ibarat retak menanti Pecah.
Insan yang AHLI bukan tiada,
Tapi Peluang tidak Dibuka,
Tamak dan Rakus jadi Penggoda,
Akhirnya kita Hancur semua.
Masjid mereka Tersergam Indah,
Bagai Istana yang sangat Mewah,
Jadi tumpuan pelancong Berkelah,
Sampaikan kosong dari Hidayah.
Ketika Azan nyaring Disebut,
Dari Menara tersedu-sedu,
Hanya sedikit datang Menuju,
Lebih banyak duduk Terpaku.
Asalkan wang dapat Dicapai,
Manis ucapan sedap Ungkapan,
Namun Dihati wang Diniatkan,
ALLAH Bersumpah Pasti Turunkan
Azab Pedih Lagi Menbingungkan.
Ibadah Haji sudah Terpesong,
Dari Tujuan yang sangat Agung,
Orang yang Kaya hanya Melancong,
Orang yang Miskin mencari Untung.
Setiap tahun pergi ke Mekkah,
Wang dibelanja Melimpah Ruah,
Jiran yang Miskin disebelah Rumah,
Tidak Dibantu apalagi diambil Kisah.
Urus Niaga bertambah Maju,
Banyak barangan dijual Laku,
Puteri yang Cantik turut membantu,
Daya Tarikan orang Menuju.
Alat yang Canggih banyak Direka,
Era Internet Korridor Raya,
Banyak orang hidup Bergaya,
Hakikatnya sedang Dihancurkan Segera.
Walaupun Ilmu Canggih dan Hebat,
Dunia jauh menjadi Dekat,
Tetapi Insan hilang Martabat,
Hidup sudah jauh Cara ke Barat.
Umat Yahudi berpecah belah,
Umat Nasrani berpaling tadah,
Semua akan Syurga Tegah,
Hanyalah satu diberi Jannah.
Umat Islam juga Berpecah,
Banyak golongan berbagai Firqah,
Hanyalah satu sahaja Neraka Tegah,
Yang hanya ada MUHAMMAD tidak disanggah.
Pelajarilah kembali Ilmunya Tauhid,
Agar Mengenal Diri yang sebenar,
Al-Wahan Sucikan sehabis mungkin,
Insan Suci MUHAMMAD yang Benar...
Firman Allah SWT :
"Sesiapa yang menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami akan membalas hasil usaha mereka didunia dengan sempurna dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Mereka itulah orang yang tidak mendapat sesuatu pun pada Hari Akhirat kelak selain daripada Azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan didunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan."
(QS. Al-Hud : 15-16)
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang dunia menjadi keinginan terbesar dihatinya maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan Kefakiran antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya. Dan siapa yang Akhirat itu menjadi Niat Utamanya (keinginan terbesar di Hatinya Akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya dan Allah jadikan Kekayaan di Hatinya dan dunia mendatanginya dalam keadaan dunia itu Hina Dimatanya."
(HR. Ibnu Majah)

# Sumber dari FB

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup

  KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU - Siri Penutup Penulis : DR. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM) (Jabatan Mufti Negeri Sembilan hanya ...