Selasa, 22 Oktober 2024

PERANAN DAN JASA AHLI SUFI SEPANJANG ZAMAN

 

PERANAN DAN JASA AHLI SUFI SEPANJANG ZAMAN

Ahli sufi turut memainkan peranan penting sebagai penggerak gerakan jihad dalam sejarah Islam. Namun, jihad yang dibawa oleh golongan sufi bukan hanya berfokus kepada perang fizikal, tetapi juga melibatkan aspek rohani dan sosial, yang mereka anggap sebagai jihad akbar (perjuangan besar) dan jihad asghar (perjuangan kecil). Berikut adalah cara ahli sufi berperanan sebagai penggerak gerakan jihad:
1. Menyemarakkan Semangat Perjuangan Berlandaskan Agama
Ahli sufi mengajar bahawa jihad bukan sekadar perang melawan musuh zahir, tetapi juga usaha memperbaiki diri dengan mengalahkan hawa nafsu. Dalam konteks perang, jihad dilihat sebagai satu tanggungjawab suci bagi mempertahankan agama, maruah, dan tanah air.
Mereka menanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul dalam kalangan pejuang, yang menjadi motivasi kuat untuk berjuang tanpa gentar terhadap ancaman musuh.
2. Kepimpinan dan Penyertaan Langsung dalam Jihad Fizikal
Beberapa ahli sufi terkenal bukan sahaja mengajar tasawuf tetapi juga mengetuai peperangan menentang penjajah dan musuh Islam. Mereka menggabungkan kekuatan rohani dan fizikal dalam perjuangan, seperti:
Imam Shamil di Kaukasus memimpin gerakan jihad menentang penjajahan Rusia.
Sidi al-Mukhtar al-Kunti di Afrika Utara memimpin tarekat dalam usaha mempertahankan wilayah Islam daripada kuasa kolonial.
Sheikh Omar Mukhtar mengetuai jihad di Libya menentang penjajahan Itali, sambil mendapat sokongan kuat daripada tarekat Sanusiyyah.
3. Tarekat Sufi sebagai Organisasi Perjuangan
Banyak tarekat sufi, seperti Sanusiyyah di Afrika Utara dan Naqshbandiyyah di Asia Tengah, berfungsi bukan sahaja sebagai pusat latihan kerohanian tetapi juga sebagai gerakan yang mengatur strategi perang dan pertahanan.
Institusi sufi seperti zawiyah dan ribat bukan sahaja menyediakan pendidikan rohani, tetapi juga berfungsi sebagai markas tentera dan pusat perancangan jihad.
4. Menyediakan Latihan Ketahanan Mental dan Kerohanian
Ahli sufi melatih para pejuang dengan disiplin rohani seperti zikir, mujahadah, dan sabar. Ini membantu pejuang menghadapi cabaran perang dengan jiwa yang teguh dan tidak mudah putus asa.
Melalui amalan kerohanian, mereka menekankan konsep tawakkal (berserah diri kepada Allah) dan ikhlas dalam perjuangan, menjadikan jihad bukan semata-mata soal kemenangan, tetapi satu ibadah.
5. Jihad Melawan Penjajahan dan Penindasan
Dalam sejarah dunia Islam, ahli sufi sering mengetuai gerakan menentang penjajah yang cuba menghapuskan syariat Islam dan kedaulatan umat Islam. Mereka melihat penjajahan bukan hanya sebagai serangan politik, tetapi juga ancaman terhadap agama dan budaya Islam.
Contoh:
Tarekat Qadiriyyah dan Tijaniyyah memainkan peranan dalam menentang penjajahan Perancis di Afrika Barat.
Di Nusantara, ulama sufi seperti Tengku Syiah Kuala dan Tuanku Imam Bonjol menggerakkan jihad menentang penjajahan Belanda.
6. Membangkitkan Solidariti dan Perpaduan Umat Islam
Ahli sufi menyeru umat Islam supaya bersatu menentang musuh, tanpa mengira perbezaan mazhab atau bangsa. Mereka menggunakan pengaruh tarekat dan zawiyah untuk menyatukan masyarakat dalam satu matlamat jihad.
Kekuatan ukhuwah dan perpaduan yang mereka bina melalui zikir berjemaah dan majlis ilmu membantu memastikan kestabilan emosi dan sokongan moral di kalangan pejuang.
Secara keseluruhannya, ahli sufi menggabungkan kekuatan rohani dan fizikal dalam menggerakkan jihad. Perjuangan mereka tidak hanya terbatas kepada peperangan senjata, tetapi juga merangkumi jihad menegakkan keadilan, melawan penjajahan, dan memelihara akhlak serta syariat Islam. Keseimbangan antara rohani dan jasmani ini menjadikan gerakan jihad yang dipimpin oleh ahli sufi begitu berkesan dan berpengaruh dalam sejarah dunia Islam.

Sumber dari Thurath Alqurawiyyin

Sabtu, 19 Oktober 2024

Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi

 


Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi

Di Asia Tenggara ini adalah yang paling subur berkembangnya Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi dan sebahagian yang dapat dikenal adalah 41 banyaknya menurut catatan oleh sebahagian ulama yang mengetahuinya.
01. Tarekat Qadiriyah
02. Tarekat Cyistiyah
03. Tarekat Suhrawardiyah
04. Tarekat Naqsyabandiyah
05. Tarekat Ahmadiyah
06. Tarekat Dasuqiah
07. Tarekat Akrabiah
08. Tarekat Maulawiyah
09. Tarekat Kubrawiah
10. Tarekat Syazaliyah
11. Tarekat Khalwatiyah
12. Tarekat Jalutiyah
13. Tarekat Baktasyiah
14. Tarekat Ghazaliyah
15. Tarekat Rumiyah
16. Tarekat Sya'diyah
17. Tarekat Rifaiyah
18. Tarekat Sya'baniah
19. Tarekat Kalshaniyah
20. Tarekat Hamzawiyah
21. Tarekat Biramiyah
22. Tarekat Alwiyah
23. Tarekat Isyaqiah
24. Tarekat Bakariah
25. Tarekat Umariah
26. Tarekat Usmaniah
27. Tarekat Abbasiyah
28. Tarekat Haddadiah
29. Tarekat Ghaibiah
30. Tarekat Chidriah
31. Tarekat Syathariah
32. Tarekat Bayumiah
33. Tarekat Maulamiah
34. Tarekat Idrusiah
35. Tarekat Sunbuliah
36. Tarekat Ausiah
37. Tarekat Anfasiah
38. Tarekat Samaniah
39. Tarekat Badawiah
40. Tarekat Sanusiah
41. Tarekat Husofiyyah

Demikianlah 41 Tarekat ini mempunyai hubungan salasilah yang bertawasul dengan segala salasilah masyaeeh-masyaeeh ahlus shufi hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
Tidaklah diperdapat ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi ini dengan mudah begitu saja seperti mengaji ilmu syariat, kerana disini ada beberapa syarat yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
Yang paling utama untuk mengambil ilmu ini adalah dengan dibai'atkan atau ditalkinkan daripada mulut guru mursyid kamil mukamil yang masuk dalam rantai salasilah Ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah S.A.W, yang mana Baginda juga ditalkinkan oleh Malaikat Jibril A.S di Gua Hira'.
Jangan disangka mengambil ilmu ini Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini seperti belajar ilmu Syariat yang zahir seperti duduk di bangku sekolah di dalam kelas dengan pakai papan hitam dan kapur oleh guru yang mengajar dan si murid pakai pena dan buku tulis untuk menyalin dan dibawa pulang untuk dihafal, diingat dan nanti akan ditanya dan diuji supaya naik kelas.
Bukan sekali-kali bukan, itu cara ilmu zahir. Adapun ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini adalah seperti yang dilakukan oleh Nabi Musa di Bukit Thursina sampai ia menerima kitab Taurat buat panduan dirinya dan panduan kaum umat Bani Israel.
Begitu juga yang dilakukan oleh Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W hingga menerima Wahyu Al-Qur'an buat panduan dirinya dan seluruh umat manusia. Yakni dengan berkhalwat atau bersuluk mengasingkan diri dari dunia orang ramai iaitu dunia yang menipu daya manusia.
Sudah menjadi kaedah Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi , bahawa tidak sebarangan orang yang boleh masuk ke dalam ilmu Tarekat ini kerana memang demikian dasarnya sejak Rasulullah S.A.W masih hidup lagi dan apatah lagi nama Baginda tidak tercatat dalam daftar wali-wali pada azali. Dan itulah sebab tidak rasmi sebagai rasminya ilmu zahir syariat tadi.
Sesudah Allah memerintahkan solat 5 waktu kepada Baginda Rasulullah S.A.W dan umatnya pada malam Israk Mikrajnya itu, maka Allah berkata pada Rasulullah S.A.W :
" Ya Muhammad ! Aku berikan engkau 3 macam ilmu "
*Satu ilmu untuk engkau dan ajarkan untuk seluruh umat manusia. Itulah ilmu zahir ( Syariat Zahir )
*Satu ilmu lagi untuk engkau dan pilihlah di antara sahabat engkau. Itulah ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ( Syariat Bathin )
*Dan yang satu lagi hanya khusus untuk engkau dan tidak boleh diberikan walau pada siapa jua pun. Itulah ia ilmu Hakikat Rahsia. ( antara kita dan Allah sahaja. Diharamkan menyatakan kepada sesiapa jua pun )
Kenapakah Allah aturkan sedemikian ?
Seperti bantahan orang-orang awam ! Sesungguhnya laut tidak sama dalam, pokok di hutan tidak sama tinggi, tanah tidak sama rata, begitu juga otak manusia, akal dan fikir ilmu orang Islam itu tidak sama kuatnya untuk menerima yang berat-berat dan pelik itu, ditakuti jadi gila sebab kualiti dan kuantitinya tidak sama.
Tidaklah ia berdosa kalau ditegah memasuki ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini kalau otaknya lembik ( otak beku ).
Tetapi bilamana otaknya tajam, cerdas, berakal, waras, maka pelajarilah terlebih dahulu ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu sifat 20, ilmu tahqiq, ilmu hakikat dan ilmu tasawuf.
Jika dengan mempelajari ilmu-ilmu tersebut ia tidak pitam, tidak pening lalat, tidak gila, maka bolehlah ia mempelajari ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi.
Ilmu Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi ini amat halus, seni, dalam dan cukup tinggi fahamnya. Nyaris-nyaris tidak dapat diterima oleh akal manusia biasa, apatah lagi orang awam ini. Itulah ia amal para Rasul, para Nabi sejak dari Nabi Adam A.S, amal para Aulia, para ahli Sufi, ahli Ma'rifat, ahli Hakikat dan ahli Tarekat Tasawuf.
Ilmu alam ghaib yang berada di sebalik yang nyata ini disebut methapisica yang hanya dapat dikenal dengan Rasa ( Zuq-Wildan ) atau Zuq Musyahadah. Bukan dikenal dengan panca indra atau akal fikiran biasa seperti ilmu pengetahuan secara ilmiah.
Dan jika mereka ini beramal, jauh berbeza daripada amal-amal ahli zahir. Amal-amal ahli zahir adalah amal-amal ( Zikir Hasanah ) tanpa syarat dan khaifiat kerana mengharapkan pahala dan balasan syurga ( ghairullah ).
Tetapi ahlus Shufi lengkap dengan syarat-syarat dan khaifiatnya, beramal dan berzikir itu ( Zikir Darajah ) bukan mengharapkan pahala, bidadari, syurga dan segala isinya , tetapi mengharapkan Tuan yang Empunya Syurga itulah yang menjadi tujuannya dan begitu juga redha-Nya.
Itu sebablah semua ahli sufi itu menyesuaikan dirinya dengan doa yang berbunyi :
" Ya Allah !
Engkaulah maksud aku dan
redha Engkaulah yang aku cari.
Kurniakan aku ya Allah !
kasih sayang-Mu,
Ma'rifat-Mu,
Sentiasa berdamping dgn-Mu
Sentiasa memakai persalinan Sifat-Mu dan
Sentiasa bersama dgn-Mu di mana saja aku berada".
Bukan seperti ahli zahir yang belum kenal Allah, dia hanya bermaksud pahala, syurga dan menuntut bidadari sebagai upah penatnya meramal ibadat di dunia ini"

@ Sumber dari FB Syeikh Amdan Maulana

TUJUH MARTABAT NAFSU: JALAN SUNYI MENUJU ALLAH

  TUJUH MARTABAT NAFSU: JALAN SUNYI MENUJU ALLAH Barang siapa mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya." (Hadis riwayat al-Baih...